Sotong Masak Kicap
Sotong Masak Kicap
Hari Sabtu ni selalunya ana jarang masak masakan yang berat-berat. Biasanya ana suka masak yang mudah dan simple. Untuk kali ini, ana sajikan menu sotong masak kicap yang ringkas. Ianya sangat mudah untuk disediakan dan tak kurang juga enak rasanya. Resepinya hanya menggunakan bahan yang sedai ada di dapur.
Resepi Sotong Masak Kicap
Bahan asasnya mestilah beberapa ekor sotong hitam yang dibersihkan terlebih dahulu. Bahan tumisannya, ana menggunakan beberapa biji bawang besar, bawang putih dan halia. Hiris kesemua bahan dan tumiskan ke dalam kuali. Masukkan lada sulah dan tuangkan sos cili. Masukkan kicap pekat manis dan sos tiram (jika ada). Akhir sekali masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi.Rasakan dengan garam. Masakkan ini tidak perlu tambah air kerana sotong yang di masukkan tadi akan menambah kecairan masakan kita. Siap untuk satu menu hidangan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan.
24 Comments
Nampak sedap..biasa makan sotong goreng ja naJ..
ReplyDeletewah Etuza, ana cukup takut nak goreng sotong ni, meletop2 hihi :)
Deletenyum, dh wktu lunch dah..jmput mkn :D
ReplyDeletejom Diya :)
Deleteassalamualaikum ana..sedap ni...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, haha simple je ni kan mama :)
Deletesedap Kak Ana.. hehe alamat please.. nak ketuk pintu rumah..
ReplyDeletemeh sat gi kak ana pos laju kat CT :)
DeleteSedapnyaa !
ReplyDeletenani semuanya sedappp :)
DeleteBaru masak ni semlm hihi..favourite dr kecik ni...yum yum :)
ReplyDeletesedap kan Linda, sesekali makan.. :)
DeleteSimple tapi sedap...
ReplyDeleteKan CP :)
Deletesimple but nice but sedap but lazat amat
ReplyDeletebanyaknya but nizam hihi :)
DeleteKakcik kalau cuci sotong mesti sampai putih kakcik kerjakan... :)
ReplyDeletebuang semua selaput hitam tu kan kak cik hihi :)
Deletemy feveret, yummy!
ReplyDeletesuka ye aida :) senang je kan masak ni ..
Deletesedapnyee. lapar pulak rasa tengok ni
ReplyDeletehihi jom masak leyla, senang sangat resepi kak ana ni :)
DeleteSedapnye.. Makan lak ngn nasi putih dan sambal belacan.. memang terangkat nie kak ana..
ReplyDeletewow sambal belacan dilupa jangan ye sha :)
Delete