Jom Buat Cheesekut Paling Mudah
Cheesekut ini paling mudah dan sempoi untuk disediakan. Resepi ini di buat oleh Adik Ika bersama Kak Long beberapa minggu lepas ketika Kak Long sedang cuti sem baru-baru ini. Mudah sebab mereka olah sahaja dari resepi asal dengan bahan-bahan yang ada di rumah.Dan terjadilah cheesekut paling simple dan tak kurang sedapnya. Jom ana kongsikan semula bagi mereka yang ingin mencuba buat cheesekut semudah ABC ni.
Cara Buat Cheesekut Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan cuma :
~ satu pek biskut cream creaker (ikutlah jenama apapun yang ada )
~ satu botol full cream milk atau susu segar
~ satu pek cream cheese
~ susu pekat setengah tin ( ikut rasa )
Cara membuat cheesekut paling mudah :
~ Mula-mula rendamkan sekeping demi sekeping biskut cream creaker di dalam susu segar.
~ Sementara ia agak lembut sedikit, blend kan cream cheese bersama sedikit susu segar dan susu pekat. Kepekatan itu citarasa masing-masing cuma pastikan tidak terlalu cair.Biar agak likat.
~ Susun kepingan cream creaker ke dalam bekas dan tuangkan adunan cream cheese tadi secara berselang- seli. Ulang hingga habis.
~ Lapisan paling atas tuang adunan cream cheese dengan lapisan yang agak tebal. Baru best kan , melimpah ruah nanti jadinya..
~ Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Siap.Senangkan, tak perlu memasak, membakar atau mengukus. Cepat dibuat sedap di makan. Selamat mencuba :)
Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
16 Comments
Wah.. senangnya.. nk trylah nanti.. thanks kak ana for sharing..
ReplyDeletemost welcome cik La..cuba tauu ,nanti hupdate hihi :)
DeleteSedap ... Saya pun guna resepi nie ... Kadang-kadang antara lapisan tu saya buh milo atau nestum ... Topping buh lebih skit ... Klu bebudak nie memang suka milo ... Menjilat jari ...
ReplyDeletehaah Hani, ada yang letak oreo blend juga kan, ni main buh je apa yang ada di rumah masa tu hihi :)
DeleteIn sya Allah boleh cuba ni...tq kak ana..
ReplyDeleteBoleh In shaa Allah PC, sebab mudah sangat kan :)
Deleterasa nak buat je kak ana tergoda //.. cream cheese pun dah lama beli
ReplyDeletealamak malu lah chef nak buat resepi kak ana hihi :) wani buat mesti lagi best tu :)
Deletenampak mcm lemak berkrim je kann...
ReplyDeleteHaah Kak Mala, agak berkrim juga lah
DeleteAssalamualaikum....nampak menarik...mudah pula tu...hmmm sedap2..
ReplyDeletewaalaikumsalam Fida, mudah sangat nak buat ni :)
DeleteLama tak buat.. kadang tambah nestum sikit.. ehehe
ReplyDeleteTapi tak leh makan selalu... T_T
kan zaf boleh je letak nestum atau milo..yup, hancus diet makan selalu kan haha :)
Deletesedapnya tengok cheesekut tu ibu! okay, nanti kita nak try :D
ReplyDeletebuat tu nanti update kat ibu :)
Delete