Carik-carik bulu ayam
Carik-carik bulu ayam,akhirnya bercantum juga
Peribahasa Melayu lama, carik-carik bulu ayam,akhirnya bercantum juga.Membawa maksud pertelingkahan atau pergaduhan dikalangan adik beradik, namun akhirnya akan berbaik semula. Begitulah yang diharapkan. Ada ketikanya di kalangan adik-beradik seibu sebapa terjadi juga pertelingkahan atau bercanggah pendapat. Ini lumrah kita sebagai manusia yang mana ada ketikanya merasakan kita sahaja yang betul, kita sahaja yang nak menang dalam sesuatu isu atau perdebatan. Akhirnya ada pihak yang terguris hati. Membawa kepada perbalahan dan lebih hebat lagi berkecil hati sehingga mencipta ruang perpisahan dan dendam.
Bertahun lama pun ada yang tidak bertegur sapa. Masih memendam rasa marah. Tetapi adakah yang merasakan dia menang dalam perdebatan itu amat bahagia dengan kemenangannya? Adakah yang merasakan dia yang benar dalam perselisihan itu bahagia dengan kebenarannya?Apakah itu satu kepuasan baginya, bila yang dianggap tewas dan kalah itu tidak lagi muncul dalam hidupnya? Sedangkan mereka itu barangkali adiknya sendiri, abang atau kakak kandungnya sendiri.
Carik-carik bulu ayam, dah tercarik dan tercalarpun namun suatu masa nanti amatlah diharapkan ianya akan bercantum kembali. Buanglah ego, singkirkan jauh dendam kesumat, itu semua permainan hati. Yang paling penting jalinan kasih sayang yang indah ikatan ukhuwah yang membawa seribu makna dalam hubungan adik-beradik itu sendiri. Lupakan yang pahit, imbas kembali setiap kenangan manis yang dicipta bersama di masa lalu. Renunglah wajah ayah bonda tak kira yang masih ada atau yang telah pergi bertemu Yang Maha Pencipta. Tiada ibu ayah yang inginkan anak-anaknya bersengketa.Kembalikanlah kasih sayang agar jiwa merasa aman dan tenang.
Hidup ini satu persinggahan semata. Perjalanannya penuh liku dan ujian yang melanda. Persinggahan yang menuju destinasi abadi yang belum pasti bila bakal terhenti dan ternoktah tanpa sebarang isyarat. Andai nanti kita dijemput dengan seribu sesalan yang dibawa pergi. Penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.Waallahu a'lam.
28 Comments
T_T
ReplyDeletetak faham sha hihi :)
Deletekann..betol tu..huhu
ReplyDeletekan kan zatie :)
Deleteair yang dicincang takkan putus.. walau macam mana pun kan kak ana..
ReplyDeletekan ummul :)
Deletedeep !
ReplyDeletedeep in my heart zaf haha :)
Deletebest baca entri ni....mendalam citer
ReplyDeleteterima kasih lokman amirul :)
DeleteSetuju sgt... Tp air dicincang tak kan putus...
ReplyDeletekan cik la cuma kena rendahkan ego untuk perbaiki hubungan :)
Deletebetul tu kak ana sokong 200 % ..susah kita nak melawan bila nafsu menguasai diri..semoga ukhuwah kita pun terjalin dengan baik walaupun di alam maya..
ReplyDeletekan wani, kadang kala tewas seseorang kerana egonya :(
DeleteCarik-carik bulu ayam, akhirnya putus sebab dah jadi shuttle..;)
ReplyDeletehaha kesian bulu ayam :(
DeleteSetujuu kak Ana :)
ReplyDeletemacam tu lumrah hidup nani :)
Deletebetula tu kalo adik bradik.. gaduh2 manja ehehe..
ReplyDeletemudah-mudahan tak berpanjangan kan CT :)
DeleteBiasa laa kan kak ana...adik beradik gaduh2 sayang namanya
ReplyDeletebetul tu lya, semoga tidak berlarutan sehingga memutuskan silatur rahim kan.
DeleteBulu ayam oh bulu ayam!
ReplyDeleteerm bulu ayam boleh buat penyapu habuk kan mummy ngeee :)
Deletesama la macam kat umah ni..kejap baik, kejap gaduh... tapi tu situasi bila ada mummynya.. bila takde mummynya muafakat memanjang..hehhe
ReplyDeletehaha tu nak minta perhatian tu mummy, nak bermanja2 gitu :)
DeletePernah terjadi dalam hidup ai sendiri.. :(
ReplyDeletesemoga segalanya kembali damai buat aizamia3
Delete