Majlis akad nikah Nabilah dan Nor Farris 


Menjadi satu impian buat pasangan yang sedang mengenali hati budi dan saling menyemai benih-benih cinta untuk disatukan di alam perkahwinan. Selepas si jejaka menerima ijab dan kabul maka halallah cinta antara dua insan. Bermulalah episod cinta halal buat pasangan yang dijanjikanNya ganjaran pahala disetiap kebaikan yang dilakukan bersama, In Shaa Allah. 






Hari ini, ana ingin menyulam semula saat manis majlis akad nikah anak seorang sahabat, kakak dan juga jiran terapat dengan ana. Puteri sulung Kak Noraini dan Abang Mohazam, Nabilah binti Mohazam yang telah selamat di ijab kabulkan pada 12hb Mac 2016 bersamaan 3 Jamadilakhir 1437H yang lepas. Nabilah dengan sekali lafaz sah menjadi cinta hati, permaisuri mahligai cinta Nor Farris bin Nor Azam.Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, lebih kurang jam 11 pagi.


dewan nikah masjid cahaya iman, bandar country homes,rawang
Dewan Nikah, Masjid Cahaya Iman,Bandar Country Homes,Rawang

Acara akad nikah dilakukan sendiri oleh ayahanda Nabilah, abang Mohazam dan dijawab lancar dengan senafas oleh menantunya Nor Farris. Dan disaksikan oleh seluruh kaum keluarga terdekat dan sahabat taulan. Alhamdulillah.




Tersenyum manis Nabilah ketika sah sebagai isteri Nor Farris

Bersama rakan-rakan pengiring

Membaca lafaz taklik dihadapan isterinya

Selesai majlis akad nikah kedua mempelai, kami terus ke rumah pengantin perempuan di mana berlangsung majlis bacaan doa dan jamuan makan tengahari. Yang paling best makan kambing panggang lah, apa lagi kan.. Begitu juga sajian kari kepala ikan tenggiri yang dimasak sendiri oleh Abang Mohazam, yang merupakan seorang chef di sebuah pusat persidangan terkemuka di Kuala Lumpur. 

Majlis kemudiannya diserikan dengan acara menyarung cincin perkahwinan kedua pasangan serta pemberian wang mas kahwin buat isteri tersayang. 






Menerima mas kahwin



Memohon restu dari bonda tercinta

Jom, ana belanja gambar-gambar hantaran yang simple dan cantik dari kedua belah pihak. 




Hantaran dari pengantin perempuan :


hantaran kek


hantaran buah-buahan


hantaran wangian


hantaran sejadah


sirih junjung


Hantaran dari pengantin lelaki 


hantaran cincin perkahwinan


hantaran coklat


hantaran wangian


hantaran al quran


sirih junjung


hantaran beg tangan


Semoga mahligai cinta yang dibina pasangan muda Nabilah Mohazam dan suami Nor Farris Nor Azam akan kekal bahagia hingga ke syurga. Ciptalah detik-detik indah sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan yang pastinya akan diuji dengan onak dan ranjau kehidupan. Doa dan kasih sayang sebagai pedoman untuk melayari puncak bahagia bersama hingga ke akhir hayat, In Shaa Allah. Selamat pengantin baru dari www.anajingga.com .


6 Comments