Sebelum ni agak viral di media sosial mengenai taman bunga yang cantik di Eco Majestic, Semenyih. Terkilan juga ana tak berkesempatan ke sana kerana lokasinya agak jauh dari tempat tinggal. Tambahan pula bila terbaca di blog rakan-rakan, kebanyakkannya bercerita tentang kesesakan trafik di sana di tambah pula cuaca panas ketika itu. Kempunan lah juga kan...

Namun siapa sangka, props atau replika-replika yang ada di sana seperti menara Eiffel Tower, Kincir Air Belanda dan sebagainya kini berada di Selayang sahaja. Cuma bezanya, jika di Eco Majestic, Semenyih dahulu dihiasi taman bunga-bungaan tetapi yang ada di Eco World, Selayang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang bercahaya di waktu malam dengan pelbagai warna dan rekabentuk. Sungguh indah dan mempersonakan sekali.

Taman Lampu Di Eco World - Selayang 

 


Cuma dari gambar-gambar yang ana lihat di Google Image, monumen atau replika yang ada di sini bersaiz agak kecil dari yang berada di Semenyih (kemungkinan kerana ana tidak pasti adakah ia replika yang sama tau tidak ). Namun ia cukup unik dan menarik bagi mereka yang gemar bergambar , malahan ia di kelilingi oleh ribuan lampu LED yang pelbagai warna. Seolah-olah kita berada di ICT, Shah Alam. Bezanya untuk lepak atau masuk ke sini, ianya percuma.Parkir kenderaan pun free je serta betul-betul terletak di tepi jalan. Jom layan dahulu gambar-gambar yang sempat ana ambil di sini malam minggu yang lepas.



















Amacam??Best tak??Cantik kan.. Walaupun kawasan taman ini tidak begitu luas, namun ia tetap cantik untuk dikunjungi bersama keluarga di waktu malam. Kelihatan ramai yang berada di taman lampu ni ketika itu untuk lepak-lepak atau sekadar singgah bergambar. 

Dimana lokasi Taman Lampu Eco World, Selayang ni ? Senang sangat kerana ianya terletak di tepi jalan utama jika dari Selayang atau Rawang menghala ke Kuala Lumpur. Bersebelahan Tesco Extra Selayang atau bangunan KIP tu. Cuba klik di link ini untuk melihat lokasi sebenarnya : http://ecoworld.my/ecosky/location.html 

 Jika ada kesempatan dan nak makan angin ala-ala ICT di lokasi yang berhampiran dan yang penting percuma, bolehlah ke sini nanti. Ana rasa diwaktu siangpun pasti cantik kan untuk bergambar. In Shaa Allah jika ada peluang nanti, ana akan cuba singgah di waktu siang hari pula dan update semula disini.Cuma ana tidak pasti sampai bila ia akan dibuka kepada umum atau memang kekal disini .