29hb Mac yang lalu berakhirlah episod Telenovela Magkano Ba Ang Pag-Ibig dan mulai 30hb Mac semalam, bersiaran siri baru slot Telenovela Tv3 iaitu The Borrowed Wife. Drama terbitan GMA Network membariskan pelakon-pelakon jelita dan kacak seperti Camille Prats, Rafael Rosell, TJ Trinidad dan Pauleen Luna.

The Borrowed Wife di TV3

 

 

Pelakon The Borrowed Wife 

Pelakon utama : 

Charee Pineda sebagai Maricar Perez

 

Camille Prats sebagai  Sophia Gonzales




Rafael Rosell -  Ricardo Rico Santos



TJ Trinidad - Edgardo Earl Villaraza



Pauleen Luna - Teresa Victoria Tessa Pelaez-Santos



Dibantu oleh :

Yayo Aguila - Imelda "Elda" Beltran
Sherilyn Reyes - Mimi Perez-Garcia
Kevin Santos - Jorrel Geraldes
Lou Sison - Jenny
Diego Castro -Carlo
Rhed Bustamante - Joanna Santos
Zarah Mae Deligero - Denden Garcia
Jojit Lorenzo - Biboy Manalo
Caridad Sanchez - Celing


Sinopsis The Borrowed Wife TV3

Berkisar kisah persahabatan di antara  Maricar dan Tessa yang mana Tessa gadis hartawan yang meminati Rico namun akhirnya Rico memilih Maricar seorang yang lemah lembut dan sederhana sebagai isterinya. Selepas perkahwinan mereka dan dikurniakan seorang ank perempuan, Rico di tuduh menyeleweng wang syarikat dan diberhentikan kerja. Ketika inilah Tessa muncul dan menawarkan pekerjaan dan jawatan buat Rico. Namun hakikatnya Tessa ingin menawan semula Rico dari Maricar. 

Kecurangan Rico dan Tessa akhirnya diketahui Maricar dan berlaku satu kemalangan di mana Maricar telah menghilangkan dirinya. Selepas tersedar dari kemalangan, Maricar menemui Earl. Waktu itu Maricar telah hilang ingatan dan tidak mengingati siapa dirinya sendiri. 

Earl menganggap Maricar sebagai kekasihnya Sophia dan dengan kerjaya nya sebagai seorang pakar bedah, Earl telah merubah  identiti Maricar sebagai Sophia. Hinggalah akhirnya Maricar dipertemukan semula dengan Rico dan Tessa. Apakah Maricar akan kembali ingatannya atau apakah Maricar akan kembali kepada Rico, jom kita layan kisah cinta ini hingga ke episode akhir nanti. 














kredit sumber : www.gmanetwork.com / Google Image :)

Episod Akhir The Borrowed Wife


Hari ini 20hb Jun 2016, merupakan episod terakhir siri telenovela TV3 The Borrowed Wife ni. Berdebar-debar juga adengan-adengan akhir. Bagi yang tak sempat menontonnya, meh ana ceritakan serba sedikit kesudahan drama siri yang hebat ni.

Rico mengetahui rahsia sebenar Sophia ialah isterinya Maricar dari teman lelaki Sandra yang telah mati dibunuh Earl.Rico cuba menjejaki Maricar namun Earl telah membawa Maricar lari ke sebuah pulau terpencil. Disana Maricar telah pulih ingatannya setelah berlaku kebakaran kecil di dalam stor dan cuba melarikan diri bersama Manang Celing namun berjaya di halang oleh Earl.

Tessa yang akhirnya memberitahu pihak polis dan membantu Rico menjejaki Maricar di pulau tersebut dan Earl telah melepaskan tembakan kepada Maricar . Maricar selamat dan pulang ke pangkuan Rico dan keluarganya. Namun Earl tetap muncul semula dan berjaya menculik Maricar dari hospital serta mencederakan wajah Maricar. Sekali lagi Rico dan pihak polis berjaya mendapatkan Maricar dengan bantuan Jenny. Akhirnya Earl membunuh diri dan Maricar kembali ke wajah asalnya setelah menjalani pembedahan serta Happy ending bersama Rico dan Joanna, 

TAMAT