Tengahari semalam ketika menunggu adik Ika keluar dari sekolah, terdengarlah di radio Suria fm, kenyataan deejay nya tentang fatwa yang dikeluarkan di Dubai mengenai hukum menggunakan wifi orang tanpa kebenaran. Dalam erti kata lain, mencuri wifi lah kan. Menarik sekali, ana balik dan terus mencari info dan sumber tentang fakta ni dan terjumpa lalu ana kongsikan bersama disini. 


Dah nama lagi mencuri...mencuri ni bermaksud menggunakan atau mengambil hak orang lain tanpa izinnya. Sah-sah dah salah disisi hukum. Cuma di tanahair kita belum lagi ada fatwa yang dikeluarkan.Bayangkanlah, kita bayar bil bulanan ratusan ringgit, orang lain senang-senang gunakan dengan percuma. Bukan itu sahaja, sekiranya mereka ni menggunakan untuk tujuan negatif tak pasal-pasal ip address kita yang kena jejak, tak ke naya namanya. Semoga negara kita juga suatu hari nanti akan mengeluarkan fatwa haram menggunakan wifi orang tanpa kebenaran ni.Jom kita baca petikan di bawah :)


Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang melarang keras daripada menggunakan perkhidmatan WiFi milik orang lain tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu.

Fatwa terbaharu tersebut dikeluarkan Jabatan Ehwal Islam dan Kegiatan Amal Dubai (IACAD), lapor portalEmirates247 tanpa menyatakan sama ada ia turut diguna pakai seluruh wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Untuk rekod, UAE setakat ini mempunyai lebih empat juta pelanggan Internet berdaftar iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya dengan dua penyedia perkhidmatan jalur lelar iaitu Etisalat dan Du.

Menurut laporan berkenaan, seorang individu ada bertanya kepada seksyen fatwa jabatan tersebut sama ada orang ramai dibenarkan untuk menggunakan khidmat jalur lebar WiFi milik orang lain secara senyap-senyap.

Ini kerana kelajuan Internet bagi pemilik WiFi berkenaan sebenarnya secara teknikal boleh terjejas menjadi perlahan akibat terpaksa berkongsi perkhidmatan tersebut dengan ramai pengguna lain pada masa sama.

Emirates247 melaporkan bahawa fatwa itu diterbitkan menerusi laman IACAD di bawah seksyen ‘fatwa moden’ dan menjadi bahan perbualan ramai netizen yang sering ‘curi’ WiFi jiran rumah atau individu bersebelahan.

Fatwa dikeluarkan berkenaan turut menyatakan bahawa orang ramai sebenarnya memang pun dilarang daripada menggunakan perkhidmatan hak milik orang lain tanpa bayaran atau tanpa izin tuan punya itu sendiri.

Justeru, menurut kenyataan IACAD, perkhidmatan Internet secara WiFi hanya sah boleh digunakan selepas seseorang itu melanggani pakej khidmat tersebut, lapor Emirates247.

Sumber- Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Jelaskan, memang terang-terang salah disisi hukum. Walaupun fatwa ni dikeluarkan di Dubai dan UAE amnya, namun sebagai seorang umat Islam yang berpegang pada hukum syariah seharusnya peka dengan sebarang tingkah laku yang kita lakukan. Yakin bahawa sebesar zarah sekalipun kesalahan tetap akan di audit di mahkamah akhirat. Peringatan buat ana sendiri dan pembaca yang singgah di www.anajingga.com. Waallahu a'lam.