Tengahari semalam ketika menunggu adik Ika keluar dari sekolah, terdengarlah di radio Suria fm, kenyataan deejay nya tentang fatwa yang dikeluarkan di Dubai mengenai hukum menggunakan wifi orang tanpa kebenaran. Dalam erti kata lain, mencuri wifi lah kan. Menarik sekali, ana balik dan terus mencari info dan sumber tentang fakta ni dan terjumpa lalu ana kongsikan bersama disini. 


Dah nama lagi mencuri...mencuri ni bermaksud menggunakan atau mengambil hak orang lain tanpa izinnya. Sah-sah dah salah disisi hukum. Cuma di tanahair kita belum lagi ada fatwa yang dikeluarkan.Bayangkanlah, kita bayar bil bulanan ratusan ringgit, orang lain senang-senang gunakan dengan percuma. Bukan itu sahaja, sekiranya mereka ni menggunakan untuk tujuan negatif tak pasal-pasal ip address kita yang kena jejak, tak ke naya namanya. Semoga negara kita juga suatu hari nanti akan mengeluarkan fatwa haram menggunakan wifi orang tanpa kebenaran ni.Jom kita baca petikan di bawah :)


Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang melarang keras daripada menggunakan perkhidmatan WiFi milik orang lain tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu.

Fatwa terbaharu tersebut dikeluarkan Jabatan Ehwal Islam dan Kegiatan Amal Dubai (IACAD), lapor portalEmirates247 tanpa menyatakan sama ada ia turut diguna pakai seluruh wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Untuk rekod, UAE setakat ini mempunyai lebih empat juta pelanggan Internet berdaftar iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya dengan dua penyedia perkhidmatan jalur lelar iaitu Etisalat dan Du.

Menurut laporan berkenaan, seorang individu ada bertanya kepada seksyen fatwa jabatan tersebut sama ada orang ramai dibenarkan untuk menggunakan khidmat jalur lebar WiFi milik orang lain secara senyap-senyap.

Ini kerana kelajuan Internet bagi pemilik WiFi berkenaan sebenarnya secara teknikal boleh terjejas menjadi perlahan akibat terpaksa berkongsi perkhidmatan tersebut dengan ramai pengguna lain pada masa sama.

Emirates247 melaporkan bahawa fatwa itu diterbitkan menerusi laman IACAD di bawah seksyen ‘fatwa moden’ dan menjadi bahan perbualan ramai netizen yang sering ‘curi’ WiFi jiran rumah atau individu bersebelahan.

Fatwa dikeluarkan berkenaan turut menyatakan bahawa orang ramai sebenarnya memang pun dilarang daripada menggunakan perkhidmatan hak milik orang lain tanpa bayaran atau tanpa izin tuan punya itu sendiri.

Justeru, menurut kenyataan IACAD, perkhidmatan Internet secara WiFi hanya sah boleh digunakan selepas seseorang itu melanggani pakej khidmat tersebut, lapor Emirates247.

Sumber- Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Jelaskan, memang terang-terang salah disisi hukum. Walaupun fatwa ni dikeluarkan di Dubai dan UAE amnya, namun sebagai seorang umat Islam yang berpegang pada hukum syariah seharusnya peka dengan sebarang tingkah laku yang kita lakukan. Yakin bahawa sebesar zarah sekalipun kesalahan tetap akan di audit di mahkamah akhirat. Peringatan buat ana sendiri dan pembaca yang singgah di www.anajingga.com. Waallahu a'lam.

20 Comments

  1. di Malaysia ni amalan ceroboh wifi org dah menjadi2..harap2 bertaubat ler

    ReplyDelete
  2. tulah..kekadang rasa pelik.ada masa wifi di rumah ni laju..ada masa slow macam siput. walaupun akak guna sorang jer.akak mengagak jugak..ntah2 wifi akak ni di ceroboh penguna lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya lah KY, ada kemungkinan juga kan :(

      Delete
  3. tak payah tunggu fatwa ... Memang dah nyata dan jelas ambil hak orang lain berdosa ... So tak kisah ler ape mende sekali pun kalau orang lain punye kita guna tanpa kebenaran maka berdosa ... Termasuklah fotostat buku macam masa study dulu2 ... Guna mesin fotostat opis utk personal matter ... Guna duit rakyat buat beli handbag ... Opppssss ... Banyakkan sebenar nyer ...

    ReplyDelete
  4. nama pun mencuri kan kak... yang guna nya tak ramai pun. tapi line lambat macam siput.. huh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah zaf, kalau guna tanpa izin tu sah-sah namanya mencuri dah :(

      Delete
  5. hihi org malaysia nih letak p lah peraturan, undang2, akta ke yg menghalang mereka dr berbuat sessuatu perkara, tetap dya buat jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan husna, lagidi larang lagi suka buat kebanyakan depa ni :(

      Delete
  6. Dah ada fatwa macam ini mungkin lebih membuka minda orang yang ceroboh Wifi orang lain tu.

    ReplyDelete
  7. Mencuri dalam apa istilah sekalipun adalah berdosa.. :(

    ReplyDelete
  8. Dah namanya mencuri Ana..
    Memanglah berdosa dan salah..
    Sendiri fikirlah..
    Tak payah tunggu fatwa kan..

    ReplyDelete
  9. sesetengah tu seronok nak guna hak orang walau ada hak sendiri kat rumah...

    ReplyDelete
  10. Benda yang salah tu lah orang suka buat.

    ReplyDelete