Semalam selepas menghadiri majlis perkahwinan teman sepejabat suami, kami singgah ke Aeon Mall Shah Alam yang baru dibuka. Punyalah jem nak masuk ke ruang parkir. Itu situasi normallah kan bila bukanya satu pusat membeli belah baru di sekitar Selangor atau Lembah Klang ni. Semua pun nak explore tempat baru, lagi-lagi ketika ini banyak promosi di adakan dan parkir kenderaan pun masih percuma. Rugilah tak singgah menjelajah seluruh kompleks. 

Dalam berlegar-legar di ruang pusat membeli belah Aeon Mall Shah Alam ni, ana tertarik di satu sudut di mana di adakan jualan pokok bunga orkid.Shah Alam kan Bandar Anggerik, sesuailah dengan acara pembukaan pusat membeli belah ini mengambil temanya. 

Subhanallah jiwa yang penuh bunga-bunga dalam hati ni, pastilah tertarik dengan keindahan ciptaanNya yang amat indah di pandang. Ana memang gemar sangat melihat bunga, tak kiralah bunga apa sekalipun. Cuma orkid ni belum ada keberanian nak tanam kerana ianya agak cerewet dari segi penjagaannya.





Bagi peminat orkid yang singgah ke Aeon Mall Shah Alam ni, jangan lupa ke ruang jualannya di aras legar. Terdapat pelbagai spesis yang dijual disini mengikut harga yang bersesuaian. Ana kongsikan disini beberapa keping foto yang sempat ana ambil sambil melihat keindahan kuntuman orkid segar disini semalam.
















Cantik kan.. pasti penggemar orkid rambang mata dengan pelbagai pilihan spesis orkid yang di jual disini. Hanya peminat tegar orkid sahaja yang tahu melihat mutu dan kelas sesekuntum orkid dengan harga yang ditawarkan. Ana pernah melihat di pameran orkid di mana ada yang berharga mencecah ribuan ringgit untuk sejenis spesis orkid. Untuk yang tak berapa faham macam ana, ni cukup sekadar melihat betapa indah ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna.