Kuih Putu Perak




Serius... setiap kali ana nak balik kampung Teluk Intan, memang dalam kepala dah ada satu 'wishlist' senarai apa nak makan. Macam-macam ada dalam fikiran tapi biasalah, bila dah sampai rumah, berkumpul adik beradik, borak tak habis, last-last masak makan ramai-ramai kat rumah je. Tapi kali ini, 'target achieved' jugalah. Pagi Ahad selepas hantar kak long balik kampus untuk ambil 'final exam'di Tapah, ana terus ajak suami ke Pasar Tani, Teluk Intan.

Punyalah lama dah tak pergi Pasar Tani, sampaikan tapak Pasar Tani dah berubah pun tak tahu. Mati-mati ingatkan masih kat tepi sungai tu, rupanya sekarang dah berada depan Pejabat Pos, Teluk Intan. Adoi..cerita pasal Pejabat Pos ni pun ada nostalgianya. Dulu kat sini lah kami tunggu bas balik dari sekolah. Naik bus Hup Soon ke Jalan Changkat Jong, balik rumah.

Gigih menapak dari HMSS ke Pejabat Pos. Wajib singgah Stesen Bas Bersatu, belek-belek majalah URTV atau Variapop masa tu, kut-kut ada cerita Jamal Abdillah dan Fauziah Latif, dah kena beli . Wow..nostalgia sungguh,kenangan terindah segalanya.Ermm...sekarang ni dah tak baca dah majalah hiburan, baca blog dan pastinya buku-buku ilmiah macam koleksi buku Dato' Ustaz Kazim Elias. 

Ok...cukup lah 'throwback'nya ana jingga. Jom sambung kisah kuih putu perak ni. Ini antara kuih paling feveret ana dari kecil sampailah sekarang ni. Dulu setiap kali pergi ke pasar malam, wajib beli kuih putu perak dengan kuih pocong. Tak ingat namanya tapi kuih dari tepung beras juga di gulung dalam daun pisang, dan di ikat macam pocong tu. 'Rare' cari tak jumpa dah. Kalau ada nanti ana 'update'di www.anajingga.com.

Putu Perak ni sama sahaja macam spesis putu yang lain. Lebih kurang putu bambu juga, cuma ia berbentuk comel seperti bunga macam dalam foto di atas.Diperbuat dari tepung beras dan intinya kelapa parut. Lagi sedap kalau menggunakan kelapa parut muda. Tidak seperti putu piring, putu mayam atau putu bambu, putu perak tidak di makan dengan gula merah. Ia di makan macam tu sahaja. Pekena pula dengan kopi O, wallaaa.. memang ngam sangatlah. 

Ketika membelinya Ahad lepas, ia berharga RM2 untuk empat ketul. Oklah kan 50 sen sebiji tapi bersaiz besar. Alhamdulillah..dapat juga makan kuih putu perak yang diidamkan. 'Next trip' balik nanti nak cari Gado-gado di Bumbung Biru yang 'awesome' sangat tu..In Shaa Allah...