Nasi Bamboo Sungai Klah


nasi buluh

Pernah dengar kan satu lagi tempat makan yang viral di laman sosial sikit masa dahulu, nasi buluh atau Nasi Bamboo Sungai Klah. Ramai yang datang dari serata tempat semata-mata nak mencuba kelainan nasi buluh ni. Memang unik dan juadah yang di tawarkan amatlah sedap dengan selera ana sekeluarga. Jom ana kongsikan pengalaman sendiri menikmati makan tengahari di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai,Perak. 


Hampir setiap bulan, ana lalu lalang di hadapan Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah yang lokasinya betul-betul di tepi jalan sebelah jambatan dalam pembinaan apabila kita keluar dari Lebuhraya PLUS arah utara , exit Sungkai. Dua minggu lepas semasa menghantar kak long baru kami singgah makan tengahari disini. Kami sampai lebih kurang jam 11:00 pagi. Sedang elok kerana ketika itu belum ramai pengunjung yang sampai. Mudah untuk memilih makanan kerana selepas jam 12:00 tengahari mula tiba orang ramai untuk makan dan paling banyak kelihatan geng-geng motor secara konvoi. Macam-macam group motor ada masa tu.


Waktu perniagaan Nasi Bamboo Sungai Klah ini ialah mulai 10:30pagi hingga 5:00 petang setiap hari Selasa hingga Ahad. Bermakna hari Isnin ia tutup kay.




Ketika disini, ana mengambil satu set Nasi Buluh berharga cuma RM2.50 sahaja. Dalam set ini diberikan satu nasi putih kukus yang di isi di dalam keratan buluh, ulam pucuk ubi rebus, sambal belacan, telur masin, serunding kelapa dan satu mangkuk kuah kari. Murahkan. Itu set basic lah, cuma disini jika kita ingin menambah lauk-lauk sampingan harga berlainan dikenakan mengikut lauk yang di ambil. Kan senang tu, buat pilihan nak makan set nasi buluh atau nasi bamboo ni dengan mana-mana juadah yang ada disini.


nasi buluh
Nasi putih yang dikukus di dalam daun dan disimpan di dalam buluh

Di berikan bersama ulam,sambal belacan,serunding kelapa,telur masin dan kuah kari (tiada dalam gambar)

Tengahari itu, kami memilih untuk makan set nasi buluh bersama kambing panggang dan ikan pari bakar. Harga untuk kambing panggang ialah RM10 sahaja untuk satu pinggan dan ikan pari bakar pula berharga RM16 satu set. (harga mungkin berubah mengikut pasaran)


Kambing panggang di Nasi Bamboo Sungai Klah


Ikan Pari Bakar di Nasi Bamboo Sungai Klah

Konsep makan kat sini mudah sangat, pilih lah mana-mana lauk yang ada bayar di kaunter untuk lauk tersebut, begitu juga dengan air minuman. Jadi walaupun orang ramai tidaklah jem di satu kaunter pembayaran sahaja, kerana setiap menu ada kaunter sendiri. Set nasi buluh pula di hidangkan di dalam satu talam atau dulang untuk kita bawa ke meja. Ruang makan terbuka disini memang luas dan banyak tempat makannya.Di sini ana kongsikan beberapa lagi menu lauk-pauk yang ada di sini ketika kami singgah tempoh hari. 





















Jadi kalau kebetulan menghala ke Utara atau saja-saja nak mencuba makan tengahari dengan menu Nasi Bamboo Sungai Klah ni boleh lah JJCM ke sini pula. Ramai yang datang dari Kuala Lumpur dan sekitar Selangor ke sini semata-mata nak makan tengahari. Semoga perkongsian di www.anajingga.com akan memberikan serba sedikit gambaran mengenai Nasi Bamboo Sungai Klah ni buat pengunjung dan pencari info. In  Shaa Allah.