Idea dekorasi bilik tidur moden


Berkesempatan menjamu mata di ruang pameran Index Living Mall di Aeon Shah Alam baru-baru ini , memang terkesima dengan pelbagai idea untuk mendekorasi ruang-ruang utama rumah.Salah satu ruang yang menarik minat ana ialah dekorasi ruang bilik tidur. Di sini ana kongsikan semula yang mana mungkin dapat memberi inspirasi untuk mereka yang sedang mencari idea memberi sentuhan baru di ruang kamar tidur.


Pelbagai konsep dekorasi yang dipamerkan mengikut minat dan citarasa penghuni rumah. Gaya moden, klasik, kontemporari, gaya Inggeris dan lain-lain. Pilih sahaja lah gabungan perabot yang mana sesuai dengan ilham yang dipamerkan.
















Bestkan... rambang mata bila berkunjung ke sini. Cuma kena tebalkan dulu poket baru lah tercapai impian yang dihajati. Kalau tak, kita simpan dulu idea-idea yang ada disini.Mana tahu dengan izinNya ada rezeki lebih bolehlah kita makeover ruang bilik tidur idaman.