Macam sesuai pula dengan sambutan Hari Bumi hari ini, ana nak kongsikan kisah hobi baru ana, tanaman pokok herba dalam pasu di rumah. Mula berminat nak mulakan semula projek gardening ni sejak pokok oregano hadiah dari Adik Ika makin hari makin subur mewangi..mewangi lah sangat kan....Entrinya pernah ana kongsikan di SINI . Kemudian terfikir pula nak tanam lain-lain pokok masakan atau herba dalam pasu di bawah anjung rumah ni. Selain dari pokok bunga- senang juga nak petik nanti apabila di perlukan. Dan kami pun ke Sungai Buluh untuk shoping pokok herba, hasilnya ..... jom ana kongsikan di www.anajingga.com.




Itu baru permulaan, tapi biasalah dah tak sabar nak kongsikan dengan pengunjung di www.anajingga.com. Seronok sebenarnya apabila melihat pokok-pokok tanaman kita menjadi dan subur. Agak-agaknya nak ambil untuk masakan pun jadi sayang pula kan. Yelah , hari ini ana bercadang nak masak laksa sebab geram tengok daun pudina, pastu suami cakap , gi belilah yang.. habis tu tanam untuk apa agaknya kan :)Okay lah tiga pokok yang ana telah tanam dengan jayanya ialah pokok daun kesum, pokok pudina dan pokok cili.


Pokok Cili 





Pokok cili ni, pemberian mak dari kampung benihnya. Ada tiga pasu semuanya. Bukan main lebat berbunga tapi tak semua lekat. Tapi merasalah juga makan dan masak dari pokok cili ni beberapa kali dah. 



Sempat juga ambil gambarnya ketika sedang berbuah, sampai merah dah lupa nak petik. Pokok cili ni memerlukan cahaya matahari untuk hidup, namun ketika cuaca panas terik ni, ana teduh kan juga dan siram dua kali sehari kerana ia cepat layu daunnya.

Pokok Daun Pudina




Ini pokok daun Pudina atau Mint yang baru ana beli dari Sungai Buluh. Sepokok ni berharga RM 6 sahaja. Memang subur sangat dan suka sangat dengan aromanya yang menyegarkan. Dari pembacaan di blog-blog ramai yang menggunakannya untuk minuman detox, boleh lah ana cuba nanti, In Shaa Allah.

Pokok Daun Kesum 


 

Selain dari pokok Pudina, ana juga membeli pokok daun Kesum ni. Murah je, RM 4 sepasu. Sebelum ni,pernah cuba rendam batang daun kesum yang telah di gunakan untuk di tanam, namun ibarat 'hidup segan mati tak mahu'. Kesian tengok, tak berapa nak menjadi. Harap-harap yang dibeli ni akan subur lah hendaknya, Amiinn...

 Pokok Oregano




Ini pokok Oregano yang mencipta inspirasi untuk ana membuat edible garden di ruang anjung rumah ni. Pokok Oregano ni masih bertahan dan semoga akan terus subur dengan kelopak daun yang gemuk-gemuk hendakNya. 


In shaa Allah, jika ada rezeki ana dan suami akan menambah lagi koleksi tanaman herba atau tanaman masakan di dalam pasu kami. Buat masa ini, hanya yang di atas ni sahaja dalam projek edible garden.Konsep tanaman dalam pasu ni sesuai untuk semua jenis kediaman termasuklah rumah pangsa atau apartment dan kondo. Cuma pastikan pencahayaan dan air yang sesuai untuk jenis-jenis tanaman.Banyak tips boleh di dapati dari blog-blog yang pakar dalam bidang tanaman boleh di guna pakai. Nanti ana akan update lagi In Shaa Allah.



16 Comments

  1. wah..segar semuanya yer kak Ana..SA nyer pokok cili pun dah gemuk2 kat rumah seremban...nanti nak share gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan SA, bila pokok kita tanam menjadi dan berhasil, jom pakat share :)

      Delete
  2. baru tahu hari ni hari bumi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayac, kat google home page pun ada hihi :)

      Delete
  3. Lepas ni laman dapur pn ana makin bertambah pokoknya...hijau dan cantik....sayang bumi kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi In Shaa Allah Fida, memang berangan pun nak hijau kan rumah dengan pokok2 tanaman masakan ni :)

      Delete
  4. uish ! elok2nya Kak Ana.. elok subur mewangi... tangan Kak Ana menjadi lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mewangi kan Zaf, macam kata Akim tuu haha :)

      Delete
  5. mana nak dapat pokok oregano tuh yer.. saya pun dah start gardening skit2 tp baru ada pandan, kunyit, kesum n serai jer hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oregano ni kat nurseri ada jual Mila, hari tu ada nampak banyak kat Sungai Buluh sana :)

      Delete
  6. Suka tanam herba.. Tapi kejap je.. Pastu mati.. Xtau nape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kadang-kadang ada gak yang tak menjadi Sha :)

      Delete
  7. Kak ana...kita geng kak ana....
    Penuh balkoni ni dengan pokok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow bestnya ada geng tanam pokok.. kipidap alia :)

      Delete
  8. assalamualaikum ana...wah bestnya menghijau semuanya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama.. setakad ni masih menghijau lagi lahh hihi :)

      Delete