Pokok Oregano 

 


Inilah rupa pokok daun Oregano yang sering kali kita gunakan dalam masakan Barat seperti spaghetti belognese misalnya. Ana pun pertama kali melihatnya kerana selalunya ana menggunakan oregano kering yang dibeli di pasaraya untuk dijadikan bahan masakan. 


Pokok Oregano ini ialah pemberian dari Adik Ika untuk ibunya ketika dia menyertai kegiatan luar di MARDI baru-baru ini. Adik Ika merupakan salah seorang peserta yang mewakili sekolahnya dalam satu pertandingan Pencinta Alam dan Alhamdulillah telah menang sebagai Juara Peringkat Kebangsaan. Pihak MARDI menghadiahkan tiga jenis pokok untuk dipilihnya dan Adik Ika memilih untuk mengambil pokok Oregano ni sebagai hadiah buat ibu katanya.


Sebenarnya ana tahu kenapa dia memilih pokok Oregano ni, ialah kerana dia memang suka sangat makan spaghetti tak kiralah Carbonara ke Belognese ke atau segala jenis pasta memang kegemaran anak ibu seorang ni. Bila dah ada pokok ni bolehlah digunakan dalam masakan  kelak, cuma daun oregano yang ingin dimasukkan dalam masakan biasanya dikeringkan terlebih dahulu.

Dari pembacaan di laman-laman web , daun Oregano ni mempunyai banyak khasiatnya juga. Namun ana tidak pernah menggunakannya untuk kegunaan lain kecuali ketika memasak spaghetti sahaja. Waallahu a'lam. 

Khasiat dan kegunaan Oregano : 


Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera. Ia juga digunakan dalam pembuatan kebab, perisa, penghias masakan dan perencah makanan. Daun oregano yang dikeringkan banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan), salad, sup dan teh. Minyak daripada daun dan buahnya digunakan sebagai perisa untuk jeruk, daging, sos dan sosej. Akarnya boleh dimakan sebagai sayuran.


Daun oregano yang ditumbuk boleh merawat bengkak, lebam, luka kecil, terseliuh dan bisa gigitan serangga. Ia juga boleh ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu ibu. Estrak oregano didapati mampu untuk menyembuhkan infeksi telinga, meredakan demam, batu karang, memulihkan otot rahim, merangsang dan melancarkan haid, mernagsang pengeluaran susu ibu, merawat darah tinggi dan sakit perut, Daunnya mengandungi antiseptik, expectorant dan antipasmodik. Daunnya yang segar dikunyah untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan dan boleh menjaga kesihatan kulit.


Kredit Sumber :  http://adrydaud.blogspot.my/2010/08/oregano.html

36 Comments

  1. Replies
    1. Fida yang kering tu macam kuat sikit baunya dari yang segar ni kan :)

      Delete
  2. Pernah masuk daun bangun2 dlam sos masakkan untuk ganti oregano kering yang kehabisan di pasaraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun bangun-bangun tu ada yang kata sama dengan oregano ni kan kak Mala, tadi ana ada terbaca di blog semasa mencari info tentang pokok oregano ni :)

      Delete
  3. owhh..sekali imbas bentuknya macam daun pegagalah kak ana..betul PC cuma pernah tengok yang kering je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah iras-iras sikit PC tapi daunnya berkilat dan tebal dari pegaga dan tumbuh macam pudina tu :)

      Delete
  4. Wah dapat pokok terus. Saya selalu guna yang kering ja.. Mesti pasta lagi sedap dengan daun oregano yang fresh.

    ReplyDelete
  5. bestnye.. biasa beli yg dalam botol je.. kalo fresh mmg lagi sedap! 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni pun Iz, kak ana gunakan yang dalam botol tu juga, harap2 lah pokok ni bertahan lama ye hihi :)

      Delete
  6. Replies
    1. jom sha masak spaghetti minggu ni meh ambik daun oregano kat rumah kak ana ni haha :)

      Delete
  7. Ada rupa macam pokok duit-duit sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ekceli lebih kurang macam daun pudina tu Mrs A :)

      Delete
  8. Byknya khasiat pokok ni..
    Untunglah siapa yg tanamm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak khasiat rupanya kan, In Shaa Allah semoga bermanfaat buat penanamnya kelak :)

      Delete
  9. Ingatkan daun pegaga kak ana. Rupanya daun oregano. Tak pernah lagi mencuba masukkan dalam masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi pegaga menjalar ain, selalunya digunakan dalam masakan Itali ain macam pasta semua tu :)

      Delete
  10. SA pun suka bau oregano ni kak tp mak SA x suka..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam tak ketara sangat bau nya kan SA :)

      Delete
  11. Tak pernah tengok pokok origano depan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo nani selalu tengok belakang2 ye hihi :)

      Delete
  12. oh ini pokoknya selalu beli dlm botol dah hihi

    ReplyDelete
  13. biasa pakai yang kering je dalam botol..hari tu tengok mangkuk tingkat bersama ili dia guna daun fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye Mar, daun fresh ni kak ana tengok kurang sikit bau dia berbanding yang kering tu :)

      Delete
  14. Comel daun pokok oregano tu...

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tgk pun pokok dia..selalu tgk yang dlm pakek je..banyak jugak yer benefit dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Afidah, selalunya yang kering tu kan :)

      Delete
  16. Chef selalu guna yang segar. CP beli yang kering je tak pun serbuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan CP dalam tv tu selalu gak kak ana tengok :)

      Delete