Terjumpa abang sado ni kat tepi Klinik dan Surgeri Mesra, Setiawangsa, baru-baru ni. Puas ana usik-usik dia nak suruh pose hensem sikit nak ambil gambar, dia buat tak peduli je. Jiwa kental betul mamat ni... Adik Ika duk panggil-panggil nak main dengannya pun dia tak layan je.. Sedap je menyandar tepi longkang ni. Orang yang lalu-lalang di sekitarpun dia buat tak hairan je. Kekal dengan posisinya sebegitu.

Sebenarnya ana terfikir sejenak kaitan antara kehidupan kita insan di atas dunia ni dengan gelagat mamat sado tam teh yang comel sangat ni. Begitu payah dia menjalani kehidupannya menjadi kucing terbiar, yang tak di hiraukan manusia sekeliling. Singgah berehat seketika menghilangkan lelah, kembali meneruskan perjalanan kehidupannya.Ada rezeki dapatlah mengisi perut yang kosong kalau tidak kelaparanlah menjadi teman sepanjang malam.Sedih kan, namun inilah kehidupannya, takdir perjalananannya.


Samalah seperti kita insan di atas dunia ini, cuma kita dibekalkanNya akal fikiran yang mampu berusaha dan berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Seekor kucing yang datang menghampiri kita di saat kita sedang ingin menjamu selera sebenarnya adalah satu ujian. Mampu kita berkongsi dengannya secebis dari rezeki yang kita miliki?

Begitu juga dengan kehidupan kita yang sering kali menjadi keluh kesah di ruang bibir. Kita di ujiNya dengan bahang panas yang melanda bumi, panas...merungut...pasang penghawa dingin tahap maksima pun tak terasa kononnya.... Namun cuba kita fikirkan mereka yang berada di utara tanah air, cuaca panas terik sehingga menghampiri 40 'C, rumah tiada penghawa dingin apatah lagi ditengah sawah bendang yang terbentang luas. Betapa bertuahnya takdir kita berbanding mereka, maka bersyukurlah dan bersabarlah dengan ujian ini.

Dan kini, mengeluh lagi, bila setiap ketika duduk di ruang yang berhawa dingin dan akhirnya bil melambung naik, sana sini mencari punca,pada siapa hendak dilepaskan kemarahan, salah siapa bil melambung tinggi... Allahu.. Semakin hari semakin lupa akan ditrah kenapa kita di ciptakan di mukabumiNya ini... 

Untuk ana dan sebagai peringatan buat ana juga yang mungkin sedang alpa dalam kehidupan dunia, renunglah seketika di tabir waktu. Dahulu kita dibesarkan rumah tanpa penghawa dingin, mak dan abah di kampung juga mengalami cuaca yang panas di bawah langit yang sama tanpa penghawa dingin...anak-anak yang membesar di desa kelahiran juga tetap hidup ceria bermain walaupun cuaca panas membara... Renunglah takdir mereka dan takdir kita, dan kita akan dapat merasai betapa bertuah kita berbanding mereka... kerana Andai Itu Takdirnya buat mereka dan kita... Waallahu a'lam.