Terjumpa abang sado ni kat tepi Klinik dan Surgeri Mesra, Setiawangsa, baru-baru ni. Puas ana usik-usik dia nak suruh pose hensem sikit nak ambil gambar, dia buat tak peduli je. Jiwa kental betul mamat ni... Adik Ika duk panggil-panggil nak main dengannya pun dia tak layan je.. Sedap je menyandar tepi longkang ni. Orang yang lalu-lalang di sekitarpun dia buat tak hairan je. Kekal dengan posisinya sebegitu.

Sebenarnya ana terfikir sejenak kaitan antara kehidupan kita insan di atas dunia ni dengan gelagat mamat sado tam teh yang comel sangat ni. Begitu payah dia menjalani kehidupannya menjadi kucing terbiar, yang tak di hiraukan manusia sekeliling. Singgah berehat seketika menghilangkan lelah, kembali meneruskan perjalanan kehidupannya.Ada rezeki dapatlah mengisi perut yang kosong kalau tidak kelaparanlah menjadi teman sepanjang malam.Sedih kan, namun inilah kehidupannya, takdir perjalananannya.


Samalah seperti kita insan di atas dunia ini, cuma kita dibekalkanNya akal fikiran yang mampu berusaha dan berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Seekor kucing yang datang menghampiri kita di saat kita sedang ingin menjamu selera sebenarnya adalah satu ujian. Mampu kita berkongsi dengannya secebis dari rezeki yang kita miliki?

Begitu juga dengan kehidupan kita yang sering kali menjadi keluh kesah di ruang bibir. Kita di ujiNya dengan bahang panas yang melanda bumi, panas...merungut...pasang penghawa dingin tahap maksima pun tak terasa kononnya.... Namun cuba kita fikirkan mereka yang berada di utara tanah air, cuaca panas terik sehingga menghampiri 40 'C, rumah tiada penghawa dingin apatah lagi ditengah sawah bendang yang terbentang luas. Betapa bertuahnya takdir kita berbanding mereka, maka bersyukurlah dan bersabarlah dengan ujian ini.

Dan kini, mengeluh lagi, bila setiap ketika duduk di ruang yang berhawa dingin dan akhirnya bil melambung naik, sana sini mencari punca,pada siapa hendak dilepaskan kemarahan, salah siapa bil melambung tinggi... Allahu.. Semakin hari semakin lupa akan ditrah kenapa kita di ciptakan di mukabumiNya ini... 

Untuk ana dan sebagai peringatan buat ana juga yang mungkin sedang alpa dalam kehidupan dunia, renunglah seketika di tabir waktu. Dahulu kita dibesarkan rumah tanpa penghawa dingin, mak dan abah di kampung juga mengalami cuaca yang panas di bawah langit yang sama tanpa penghawa dingin...anak-anak yang membesar di desa kelahiran juga tetap hidup ceria bermain walaupun cuaca panas membara... Renunglah takdir mereka dan takdir kita, dan kita akan dapat merasai betapa bertuah kita berbanding mereka... kerana Andai Itu Takdirnya buat mereka dan kita... Waallahu a'lam.

16 Comments

  1. Assalammualaikum kak ana..Betul kak ana...kadang PC pun fikir...kenapa PC asyik nak mengeluh..kenapa asyik tidak puas hati...mana perginya rasa syukur pada diri...subhanAllah berdosanya diriku..kufur nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam PC, memang begitu sellaunya kita insan alpa ni namun ingat mengingatilah sesama kita agar tidak terus alpa, in shaa Allah

      Delete
  2. setuju. bersyukurlah dengan apa yang kita ada ni kan. jangan sampai dah tak ada , baru nak menyesal.

    eh, ingatkan sapelah sado tu. heheh. kucing rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan amy sayang, kadang-kadang kita alpa dan leka degan kenikmatan, sekadar peringatan bersama..haah sado kan :)

      Delete
  3. Aduhaii...tersentuh hati membaca entry Ana ni...

    ReplyDelete
  4. Kak kalau bab kucing ni memang cukup tersentuh. Pernah baca satu rencana dulu..ada ayat dia yang buat kak terkesan dan teringat sampai sekarang..dia cakap..kucing ni fitrah dia keatas manusia. Jadi tanggung jawab kitalah untuk memabantu setakat yang mampu kalaupun kita tak dapat membelanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak Mala, kemana pergi makan pun mesti ada je kucing singgah kat kami ni.. dan sangat2 tersentuh sangat kalau bab2 pak miaw ni :)

      Delete
  5. Hi abam sado tam teh yang sombong!

    ReplyDelete
  6. Yup seringkali kita merungut itu dan ini..sebenarnya ramai lg lebih susah dr kita dlm sedar dan tak sedar... So bersyukurlah kita dengan apa yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah mummy, perlu ada rasa syukur sentiasa dalam jiwa kita insan di bumi Allah swt ni :)

      Delete
  7. Sedar tak sedar banyak untungnya kita.. cuma perasan dengan tak ja...

    ReplyDelete
  8. Beberapa tahun yang lalu rumah Mrs. A memang takde aircond pun bil pun laju aje gi bayar tapi sekarang buatlah orang yang pasang aircond tu bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kan bila dah guna memang lah tinggi sikit bilnya, kena lah bayar kan hihi :)

      Delete