Auto Fest 2016 Kuala Lumpur



Semalam berkesempatan mengunjungi salah satu pameran dan jualan kereta serta motorsikal yang unggul disini, tak lain tak bukan ke Auto Fest 2016 Kuala Lumpur di Matrade Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur. Suami ana memang peminat motor dan kereta ni, dan kami ke sana bukanlah nak membeli pun, di luar kemampuan... sekadar melihat dengan dekat model-model kereta mewah serta pelbagai jenama motor-motor yang terkini.




Sambil temankan suami, tak lepas peluang meninjau sendiri harga-harga kereta mewah khasnya Audi yang memang menjadi igauan ana dari dulu lagi. Pergh!! Memang harga mampu tengok jelah... tapi bagi yang berkemampuan tak salah kan sebagai rewards pada diri sendiri.Mana tahu satu hari nanti, rezeki anak-anak dapat memiliki kereta mewah sebegini..In Shaa Allah.

Kalau nak bercerita tentang kereta ni, ana bukanlah orangnya...carilah info-info yang lebih tepat dari blog-blog khusus mengenai kereta seperti blog yang diminati suami ana, Paul Tan..memang lengkap dan penuh informasi menarik semua tentang kenderaan khasnya model-model kereta ni. Disini, ana cuma sempat kongsikan beberapa keping foto kereta dan motor yang ada di Auto Fest 2016 Kuala Lumpur. Paling tak bestnya setiap kereta tu ada sahaja model tak cukup kain :)Jom cuci mata di www.anajingga.com.


















Banyak lagi pelbagai jenama kereta mewah yang di pamerkan di sini termasuk juga untuk di jual.. malahan termasuk juga booth untuk aksesori motor dan kereta, tawaran plat nombor yang unik dan segala yang berkaitan motor dan kereta ada disini.Ok Meh layan motor pula...















Namun kami banyak habiskan belanja bukan beli kereta atau motor tapi anak-anak lebih banyak membeli belah di luar dewan pameran sebabnya di sana terdapat banyak food truck untuk menikmati pelbagai makanan yang sedap-sedap... :)Acara ini berlangsung selama tiga hari sahaja mulai 13 sehingga hari ini 15hb Mei 2016...