Duit Syiling Lima Puluh Sen
Duit syiling 50 sen
Baru-baru ni viral kat media sosial yang menyatakan ramai yang sedang mencari duit syiling 50 sen lama.Namun bila ana dah whatsapp pada nombor yang di beri tak ada reply sampai lah hari ni. Ermm... tu lah masalah khabar viral masa kini, sukar nak pastikan kesahihannya betul atau tidak.
Namun tak menjadi masalah pun, sebab ana sememangnya dah lama mengumpul duit syiling 50 sen ni. Nak-nak lagi yang lama jenis warna perak yang bersaiz besar ni. Memang suka dan lama dah mengumpulnya sedari dulu. Pantang jumpa mesti nak asingkan dan simpan dalam kotak. Paling rare duit syiling 50 sen dengan gambar Parlimen Malaysia di belakangnya. Kebanyakkannya keluaran tahun 1970-an.Ada banyak dalam simpanan ana.
Namun, duit syiling 50 sen ni bukan sahaja sebagai koleksi, ia pernah menjadi penyambung rezeki kami suatu hari dahulu.Dengan ujianNya, kami pernah keputusan wang untuk menunggu hari gaji, dengan simpanan duit 50 sen ni lah, ana ke kedai menukarnya kepada wang kertas berjumlah hampir seratus ringgit juga.Alhamdulillah..
Sekarang ramai yang mempunyai pelbagai hobi yang boleh di jadikan sumber rezeki. Segala yang baik pasti akan membuahkan hasil dan bermanfaat suatu hari nanti, In Shaa Allah.Kalau ada yang berminat nak memiliki duit syiling lama 50 sen keluaran tahun 1970-an ni bolehlah email ana di anajingga72@gmail.com . Ana juga ada rakan-rakan yang mempunyai duit syiling lama ni.
14 Comments
Tak tau betul ke tidak ye ana.memang ramai yg kumpul duit 50sen..acik pun sama..tapi dulu bila dah penuh tabung acik hantar ke bank untuk simpanan anak2.
ReplyDeletehaah acik tak pasti betul ke tidak kesahihannya, ana kumpul juga dan hantar ke acct anak juga acik :)
Deletemmm.. kadang2 sje je nk dptkan perhatian.. apa2 pun cik en simpan syiling tuk masa terdesak.. hiihih
ReplyDeletebetul sangat cik EN, ada ketikanya boleh menjadi talian hayat untuk kita di masa darurat :)
DeleteBetul kak tabungan ni macam talian hayat waktu kecemasankan kak..
ReplyDeletehaah kan PC , kita tak dapat meneka yang akan terjadi suatu hari nanti,bersedia sahaja lah kan :)
DeleteZaf pun sama.. pantang nampak, mesti nak ke tabung.. heh2
ReplyDeletewah geng lah kita zaf :)
Deletekaknoor pun suka kumpul duit syiling Ana..
ReplyDeletememang berguna time terdesak haha kann
betul tu kak noor :)
Deleteassalamualaikum ana...betul tu akak pun ada simpan duit syiling 50sen ni..:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama,sambil mengumpul sambil buat bekalan kan mama :)
DeleteAssalamualaikum ana ada simpan syiling 50 sen 1967 1968 ana nk jual
ReplyDeleteWaalaikumsalam AMIN KELAPA, rasanya takada koleksi 1967-68. Mungkin Amin boleh tinggalkan email disini untuk dihubungi, kemungkinan ada yang mempunyai koleksi tersebut boleh hubungi Amin bila mereka singgah dari carian enjin, in shaa allah.
Delete