Sempena Hari Ibu yang lepas, Adik Ika bagitahu dia nak masakkan meatball untuk ibu dan ayahnya. Ana pun layan kan sahaja lah dan kami pun ke Tesco untuk menemaninya membeli barang-barang yang diperlukannya. Kan main lagi siap guna duitnya sendiri untuk belanja ibu ayah. Ana pun tak campur tangan dan biarkan dia lakukannya sendirian.Kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya nanti.

Malam tu, Adik Ika dan Kak Long sahaja di dapur. Dan kata mereka dah siap baru ibu dengan ayah boleh turun makan malam. Lepas ketung-ketang dan menghidu aroma sedap dari dapur, kami pun turun. Dan inilah hasil hidangan meatball bersama Mash Potato dan Coleslaw yang disediakan oleh Adik Ika untuk ibu dan ayahnya.Boleh tahan..sedap!!!


Meatball dengan mash potato dan coleslaw by Adik Ika



Wah!! pandai anak ibu  ke dapur, dah boleh harap dah kan.. Ana pun tanyalah macam mana resepinya, ibu nak update kat blog, manalah tahu ada kawan-kawan sebaya Adik nak masakkan untuk ibu depa pula nanti bolehlah guna resepi Adik Ika yang simple ni. Okay... Ana kongsikan semula resepi meatball paling ringkas dari Adik Ika disini.

Resepi MeatBall Ringkas

 

Cara masak meatball dan gravy :

 

Meatball - Menggunakan instant meatball yang dibeli di mana-mana pasaraya (Digoreng dan toskan)

Untuk gravy :

Sos BBQ Mashroom
Sos BBQ Blackpepper
Mushroom Soup
Lada Sulah
Garam

- Kesemua bahan di satukan dahulu dan perisakan mengikut selera masing-masing. Jika ada brown sos lagi sedap, namun ini sekadar olahannya sendiri.Panaskan atas api yang perlahan sehingga masak dan pekat.

Cara Buat Mash Potato

 

Beberapa biji kentang - kupas, potong dan rebus. Bila masak lenyetkan ketika masih panas.Masukkan mentega, lada sulah dan sedikit garam untuk perisa.Gunakan lebihan mashroom soup tadi sebagai gravynya.

Cara Buat Coleslaw

 

Parut halus kobis dan lobak merah. Campurkan dengan mayonis, susu segar sedikit, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.Sejukkan terlebih dahulu sebelumdihidangkan.

Senangkan resepi ringkas cara Adik Ika masak untuk Hari Ibu. Rasanya semua anak-anak pun boleh buat.In Shaa Allah.