Belangkas



Selama hari ni cuma tahu peribahasa Melayu yang mengatakan ' seperti belangkas' yang membawa maksud ke mana sahaja pasti berteman atau berdua. Baru-baru ni, ana ke Pantai Remis, Jeram, Selangor...barulah melihat sendiri rupa paras belangkas ni. Menurut penjualnya, belangkas ni boleh di makan.. di rebus dan di masak...tak terfikir pula nak makan cik belangkas ni kan..harganya seekor RM8...mungkin bagi yang pandai masak dan makannya , pernah rasa isi belangkas ni.. Anak ana kata macam helmet pula kulitnya , dan mempunyai ekor yang runcing dan tajam. Inilah sahaja kisah belangkas yang sempat ana kongsikan disini... :)