Dari hari ke hari nak terbitkan entri khas untuk Aniq, bintang rockers kecil yang begitu berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pada Aniq, rock adalah jiwanya namun bintang cilik ini juga bisa mengalirkan air mata kita ketika persembahannya mendendangkan lagu 'Untukmu Ibu' di konsert Ceria Popstar minggu lepas sempena sambutan Hari Ibu. Bagilah lagu genre apa sekali pun anak kecil berusia sepuluh tahun ni pasti dapat mengalunkannya dengan baik sekali.

Pasti kita masih ingat semasa persembahannya mendendangkan lagu Irama Malaysia dengan merdu alunan suara dan terpesona juga ketika persembahannya menyanyikan lagi Bollywood-Gerua berduet dengan Kashika.Awesome kan bintang kecil ni, sangat berbakat.



Biodata Aniq Ceria Popstar 4





Haa..ana pasti ramai peminat-peminat Aniq nak tahu serba sedikit latar belakang atau biodata Aniq ni kan. Untuk pengetahuan korang semua, biodata Aniq ni , ana dapatkan dari ibunya sendiri.Eh macam mana pula ana kenal ibu Aniq?? Jeng,jeng,jeng.... Aniq ni sebenarnya anak buah ana lah..ibunya adalah sepupu ana, jadi tentulah ana mengambil sendiri biodata Aniq dari sumber yang sangat dipercayai kan... jom baca sendiri biodata bintang kesayangan korang ni kay ....

Nama penuh : Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi

Tarikh lahir   : 24hb April 2006
 (sempat ada kejutan untuknya dalam Konsert Ceria Popstar)

Umur  : 10 Tahun

Tempat Lahir: Slim River,Perak.

Dibesarkan : Aniq pernah menetap di Tanjung Malim, bersekolah di Felda Mempaga,Karak,Bentong,Pahang dari usia 4 hingga 8 tahun dan kini berada di Ipoh,Perak. Ini kerana mama dan papa Aniq seorang pendidik, jadi sering kali bertukar tempat mengajar.

Menurut ibu Aniq, seawal usianya 2 tahun lagi, Aniq telah menunjukkan bakat nyanyian. Walaupun masih pelat-pelat dah pandai tiru gaya dan suara artis bila berkaraoke tau..macam manalah agaknya suara Aniq masa berusia  2 tahun ni kan..alolo..mesti comel kan..:)

Ketika usianya 6 tahun, Aniq dah mula  bernyanyi dengan band. Haa hebat tak? 6 tahun dah boleh nyanyi dengan live band gitu.. dan pastinya antara kenangan manis buat Aniq ialah ketika di usia 7 tahun, Aniq telah membuat persembahan di Istana Negara di sebuah majlis bersama Raja Permaisuri Agong.

Bakat semulajadi Aniq tidak disia-siakan begitu sahaja apabila Aniq pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil anjuran RTM. Mungkin ada yang masih ingat kan, Aniq buat persembahannya.Dan tahun lepas, di usia 9 tahun, Aniq menyertai JR Band dan Blue Wings mengadakan persembahan anjuran Jabatan Pendidikan Perak. 

Dan tahun ini, Alhamdulillah..Aniq berjaya dalam ujibakat Ceria Popstar 2016 dan sehingga entri ini diterbitkan Aniq telah melangkah ke peringkat Separuh Akhir dan mudah-mudahan Aniq akan terus melangkah ke Final dan jika rezekinya kali ini, mungkin kah Aniq bakal Juara Ceria Popstar4. Aamiin.

Dan untuk Peringkat Separuh Akhir ni, Aniq amat-amat memerlukan undian korang..peminat-peminatnya supaya melayakkannya ke Final. Jom kita vote for Aniq melalui SMS :

CP<jarak>ANIQ hantar ke 32777




Meh..kita throwback beberapa keping foto Aniq ketika beraksi di pentas Ceria Popstar yang lepas.









Aniq dan adiknya Dhiyaa



Okaylah , jangan lupa tau vote atau undi Aniq kay..kalau nak Aniq ke Final.Dan kalau ada peminat peminat Aniq nak ikuti perjalanan seni dan aktivitinya meh singgah dan follow di Instagramnya klik sini -> 

Good Luck Aniq 

22 Comments

  1. assalamualaikum ana...tahniah buat Aniq....semoga akan terus berjaya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, terima kasih, sehingga hari ini Aniq telah berjaya ke Final Ceria Popstar :)

      Delete
  2. Suara waktu bebudak umur begini memang sedap didengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiihi kann kak mala,lemak merdu lagi suara anak-anak ni :)

      Delete
  3. Moga aniq sukses.
    acik aida x tgk ceria popstar.
    doa acik aida dari kejauhan ye ☺😊☺😊

    ReplyDelete

  4. el mmg x tgk superstar ni kak tapi all the best for aniq

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Aniq tinggaldi Ipoh, Amirul Akmal Z :)

      Delete
    2. Ouh dia skola dkt sekolah seri ampang kan ?

      Delete
    3. Ingt nk raya rumah dia nnti . Hehe . Cuma xtau Rumah dia dkt mana je . Hmm .

      Delete
    4. Alahai maaf sangat Amirul, AJ tak dapat nak bagi alamat kat sini, cubalah PM/DM di FB/IG aniq kay, mana tahu boleh dapatkan alamatnya hihi :)

      Delete