Nanas okay, eja betul-betul n.a.n.a.s bukan nenas, nanti google image lain yang keluar. Laa bukan nak ajar ejaan nanas tapi hari ni nak bercerita pasal replika nanas yang ada di Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak ni. Dekat sangat dengan rumah ana. Dan kalau nak tahu, sebelum replika ni wujud kat sini, dulu betul-betul depan jalan nak masuk taman perumahan ana ni, ada juga satu replika nanas.Lama dah, kalau nak turun bas Transnasional balik kampung dari KL, siap-siap bagitau kat driver bas, saya nak turun kat replika nanas tu, haa kan senang.Adoi throwback laa pulak...Okay jom sambung cerita pasal replika nanas yang terletak di persimpangan masuk ke Kampung Selabak menuju ke Padang Tembak.





Bazar Nanas, Teluk Intan 


Sekarang ni, replika nanas besar ni terletak di hadapan Bazar Nanas, Kampung Selabak, Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.Tersergam indah di tepian jalan utama, simpang tiga menuju ke bandar Teluk Intan melalui Jalan Changkat Jong.Apa yang ada di sini??

Dah nama lagi Bazar Nanas, pastilah yang amat sinonim dengan Kampung Selabak,Teluk Intan ni pertanian tanaman pokok nanas. Disini merupakan pusat jualan nanas serta hasil buah-buahan tempatan seperti ubi kayu, pisang, kalau musim rambutan terdapat jualan rambutan dan pelbagai hasil tani yang lain. Turut di jual kerepek serta makanan ringan lain untuk dijadikan buah tangan dibawa pulang ketika singgah bertandang ke Teluk Intan ni.


kredit foto:tourism malaysia

Dideretan Bazar Nanas ini juga terdapatnya Kedai Rakyat 1Malaysia.Masih ana ingat sejak ana bersekolah lagi kedai-kedai menjual buah-buahan ini telah lama bertapak disini. Bila musim buah-buahan memang meriah sangat dan disinilah kami membeli barangan runcit sebelum adanya pasaraya seperti hari ini. Sekarang deretan kedai telah bertambah kemas dan selesa untuk pelawat dari luar singgah membeli disini.


kredit foto :Perak Today


kredit foto:Perak Today

Jadi jangan lupa singgah ke Bazar Nanas di Kampung Selabak sekiranya datang bertandang ke Teluk Intan. Nak-nak lagi yang melalui Jalan Bidor ke Teluk Intan, pasti akan melalui persimpangan ini.Dan bila terpandang sahaja replika Nanas besar tu, silalah singgah ke Bazar Nanas untuk membeli buah tangan dibawa pulang. :)