Sehari sebelum ketibaan Ramadan yang lalu, ana sempat juga balik ke Teluk Intan, sambil menghantar Kak Long balik kampus untuk sem akhirnya. Macam biasa, bila dah ada di kampung, masak makan je lah aktiviti kami semua.Pagi lagi wancu dah ke pasar mencari ikan dan sayuran untuk makan tengahari. Dan yang paling best sekali ialah menu sambak nyok atau sambal nyor kata orang Perak. Sambal nyok ni sedap di makan bersama ulam-ulaman. Memang terbaiklah..


Sambal Nyok @ Sambal Nyor


sambal nyok

Lazimnya, kami orang-orang belah utara ni yang pandai makan sambal nyok ni.Makan bersama ulam-ulaman dan nasi putih. Antara ulam yang ada ketika ana makan tengahari di kampung hari Ahad lepas ialah pucuk ubi di celur, pucuk ulam raja dan juga pucuk tenggek burung atau daun cabang tiga. Haa nak tahu mana rupanya, silalah minta bantuan Mr Google, sebab ana terlupa nak ajak ulam-ulaman ni berposing. Maklumlah sibuk memasak bersama keluarga. Nasiblah sempat ambil gambar sambal nyok ni buat entri :)

Cara nak buat sambal nyok ni senang ya amat lah. Sama macam buat sambal belacan tu. Bawang besar di hiris, kemudian ditumbuk dalam lesung batu bersama cili merah atau cili padi, masukkan belacan jika suka. Kemudian gaulkan dengan kelapa parut. Lagi sedap kelapa parut putih, baru lemak merdu rasanya. Tambahkan garam sedikit dan perahkan air asam limau. Siap.




Tuu dia... menu kampung kami tengahari tu. Eh lupa pula entri ni terbit ketika bulan puasa, sabar naa.. Sambal nyok dengan ulam-ulaman, ikan keli masak sambal kicap, ikan keli masak gulai masam, udang bersos, ikan bawal goreng untuk anak-anak kecil. Subhanaallah..makan pula bersama kaum keluarga beramai-ramai.. erm tak perlu hat lain lagi dah.