Kenanga Wholesale City atau lebih ramai yang memanggilnya Kompleks Kenanga ni memang menjadi tumpuan kaum wanita khasnya untuk mendapatkan jubah, dress, baju kurung, tudung pelbagai fesyen seperti bawal, shawl, aksesori wanita dan seribu satu baranglah.Pendek kata sediakan sahaja bajet yang cukup, meh datang sini dan pilih sahaja mana yang berkenan. Lebih best lagi apabila produk-produk yang dijual disini ada tawaran harga yang menarik dan murah dari di luar.Jom ana kongsikan pengalaman sehari ana ke Kenanga Wholesale City bersama anak-anak mencari persiapan menjelang Hari Raya.


kredit gambar Google Image


Kenanga Wholesale City 

Kami menggunakan waze untuk sampai ke Kenanga Wholesale City ni. Lokasinya terletak di Jalan Gelugur ,disekitar Bukit Bintang, berhampiran Pudu sana. Sampai dilokasi kami mencari parkir kereta. Setingkat demi setingkat kami daki hampir kesemua level penuh. Sampailah tingkat dua belas barulah terdapat agak banyak juga ruang parkir yang kosong.Lepas tu kami turun dengan lif ke tingkat sembilan kalau tak salah untuk memulakan ekspidisi membeli belah.




Apa yang ada di Komplek Kenanga Wholesale City ni? Terus-terang ana katakan disini hampir kesemua keperluan kita ada disini. Khasnya pakaian Muslimah, banyak pilihan dan pelbagai fesyen terkini boleh didapati.Sebut sahaja jubah, dress, seluar, baju kurung, tudung bawal, shawl dan seribu satu ada disini. Paling seronoknya, jika kita membeli tiga helai ke atas, kita akan dapat harga hampir separuh dari yang dipamerkan. Bergantung pada sesetengah tawaran harga. Dan jangan risau, beli tiga bukan bermakna pakaian atau item yang sama, kita boleh pilih mengikut fesyen yang kita hendak, setiap satu dari tiga helai itu akan dapat harga diskaun.Macam ana dan anak-anak sesuai sangatlah kami bertiga pilih dan dapat harga diskaun separuh dari harga yang dipamerkan.Jimat dah tu :)









Dari segi pilihan pakaian bukan sahaja untuk wanita, malahan untuk cik abe' pun ada di sini, begitu juga untuk kanak-kanak. Pendek kata satu keluargalah boleh membeli belah disini, di bawah satu bumbung.




Bab tudung tak yah cerita lah, sebut je nak fesyen apa, semua ada kat sini. Sama juga beli satu harga lain, beli tiga dapat diskaun beli lagi banyak lagi banyak diskaun. Ana difahamkan disinilah kebanyakkan peniaga online membeli stok untuk dijual semula. Ada yang beli dan rebranding semula. Bukan setakad tudung, aksesori juga boleh dibeli disini seperti pin, batu-batu hiasan tudung, dokoh dan sebagainya.
















Ana pasti ramai yang teruja hendak ke sini membeli persiapan untuk menyambut ketibaan Hari Raya yang bakal menjelang lebih kurang sebulan lebih lagi. Pada pendapat ana secara peribadi, membeli belah di Kenanga Wholesale City lebih selesa jika dibandingkan dengan Komplek GM. Ianya lebih luas dan tidak begitu sesak. Kemudahan restoran makanan dan kiosk juga ada disetiap level. Parkir juga banyak dan pada hari tersebut kami cuma membayar RM4 sahaja ketika bertandang ke sana. Apa lagi ada masa dan peluang jom singgah ke Kenanga Wholesale City.