Kenanga Wholesale City atau lebih ramai yang memanggilnya Kompleks Kenanga ni memang menjadi tumpuan kaum wanita khasnya untuk mendapatkan jubah, dress, baju kurung, tudung pelbagai fesyen seperti bawal, shawl, aksesori wanita dan seribu satu baranglah.Pendek kata sediakan sahaja bajet yang cukup, meh datang sini dan pilih sahaja mana yang berkenan. Lebih best lagi apabila produk-produk yang dijual disini ada tawaran harga yang menarik dan murah dari di luar.Jom ana kongsikan pengalaman sehari ana ke Kenanga Wholesale City bersama anak-anak mencari persiapan menjelang Hari Raya.


kredit gambar Google Image


Kenanga Wholesale City 

Kami menggunakan waze untuk sampai ke Kenanga Wholesale City ni. Lokasinya terletak di Jalan Gelugur ,disekitar Bukit Bintang, berhampiran Pudu sana. Sampai dilokasi kami mencari parkir kereta. Setingkat demi setingkat kami daki hampir kesemua level penuh. Sampailah tingkat dua belas barulah terdapat agak banyak juga ruang parkir yang kosong.Lepas tu kami turun dengan lif ke tingkat sembilan kalau tak salah untuk memulakan ekspidisi membeli belah.




Apa yang ada di Komplek Kenanga Wholesale City ni? Terus-terang ana katakan disini hampir kesemua keperluan kita ada disini. Khasnya pakaian Muslimah, banyak pilihan dan pelbagai fesyen terkini boleh didapati.Sebut sahaja jubah, dress, seluar, baju kurung, tudung bawal, shawl dan seribu satu ada disini. Paling seronoknya, jika kita membeli tiga helai ke atas, kita akan dapat harga hampir separuh dari yang dipamerkan. Bergantung pada sesetengah tawaran harga. Dan jangan risau, beli tiga bukan bermakna pakaian atau item yang sama, kita boleh pilih mengikut fesyen yang kita hendak, setiap satu dari tiga helai itu akan dapat harga diskaun.Macam ana dan anak-anak sesuai sangatlah kami bertiga pilih dan dapat harga diskaun separuh dari harga yang dipamerkan.Jimat dah tu :)









Dari segi pilihan pakaian bukan sahaja untuk wanita, malahan untuk cik abe' pun ada di sini, begitu juga untuk kanak-kanak. Pendek kata satu keluargalah boleh membeli belah disini, di bawah satu bumbung.




Bab tudung tak yah cerita lah, sebut je nak fesyen apa, semua ada kat sini. Sama juga beli satu harga lain, beli tiga dapat diskaun beli lagi banyak lagi banyak diskaun. Ana difahamkan disinilah kebanyakkan peniaga online membeli stok untuk dijual semula. Ada yang beli dan rebranding semula. Bukan setakad tudung, aksesori juga boleh dibeli disini seperti pin, batu-batu hiasan tudung, dokoh dan sebagainya.
















Ana pasti ramai yang teruja hendak ke sini membeli persiapan untuk menyambut ketibaan Hari Raya yang bakal menjelang lebih kurang sebulan lebih lagi. Pada pendapat ana secara peribadi, membeli belah di Kenanga Wholesale City lebih selesa jika dibandingkan dengan Komplek GM. Ianya lebih luas dan tidak begitu sesak. Kemudahan restoran makanan dan kiosk juga ada disetiap level. Parkir juga banyak dan pada hari tersebut kami cuma membayar RM4 sahaja ketika bertandang ke sana. Apa lagi ada masa dan peluang jom singgah ke Kenanga Wholesale City.

18 Comments

  1. Assalamualaikum Kak Ana.. ZAf pernah singgah sini.. tapi, ZAf tak berapa kenan.. ibu pun sama.. mungkin sebab banyak sangat sampai tak tahu nak pilih yang mana.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam zaf, laa pulak dah, tapi memang ye kan,kalau dah banyak sangat sampai dah tak tahu nak pilih dah kan hihi :)

      Delete
  2. kalau gi sini bwk duit 1k pun belom tentu cukup ,beli borong lg murah..tp jarang gi sini kalau ada nak beli sesuatu je dtg sini..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Zie, kak ana pun baru kali pertama mai sini, memang rambang mata :)

      Delete
  3. Nani dah lama tak ke sini. Hehe. Banyak ke membeli tu kak Ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah banyak nani, sediakan persiapan kak long sebelum dia masuk kampus semula, takut lambat nanti habis saiz :)

      Delete
  4. Huhuuuuuu... kejap dh nk puasa then raya... nanti kalau berkesempatan mmg akan singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Yanty, in shaa allah ada kesempaan singgah shopping sini nnt :)

      Delete
  5. Nak pergi tak dan dan..nak cari barang menjahit kat luar kompleks tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kena terjah terus anis, baru sampai nanti :)

      Delete
  6. sempat gak singgah kat sini beli sopin baju budak2..tp xsempat nak beli tuk diri sendiri..adeoiiii mmg berbaloi lah beli sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan el, semua ada, sopin sampai penat haha :)

      Delete
  7. Waa... ini memang sesuai dipanggil syurga membeli belah ya K.Ana. Macam-macam ada ;-)

    ReplyDelete
  8. Pernah pergi dah.. Memang selesalah sebab dia ada aircond dan juga banyak pilihan.. Tapi kalau setakat nak beli sehelai dua agak x sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha, sesuai untuk mereka yang ingin berniaga ni kan

      Delete
  9. Kalau harga shawl kt sana berapa ye? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terdapat pelbagai pilihan shawl dengan tawaran harga mengikut jenisnya nursyafiqahzaini :)

      Delete