Ana pasti ramai yang dah plan cuti untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiga minggu sahaja lagi, In Shaa Allah. Mak pak perlu ambil cuti tahun dan bergilir dengan rakan sekerja di pejabat dan paling penting kena selari dengan cuti persekolahan anak-anak kan. Dan tak perlu bimbang tentang cuti sekolah kerana KPM telahpun menjadualkan cuti sekolah untuk anak-anak sempena musim perayaan. Di bawah ini ana lampirkan jadual cuti persekolahan untuk dua zon persekolahan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B mengikut negeri-negeri untuk rujukan bersama.


Tarikh Cuti Sekolah Sempena Hari Raya 2016


Klik untuk besarkan gambar

Tarikh Cuti Sekolah Hari Raya Aidlifitri 2016Berikut adalah jadual cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 untuk sekolah-sekolah di Malaysia seperti dikeluarkan oleh KPM melalui surat siaran bertarikh 17 Disember 2015.

Cuti Perayaan 2016 (Hari Raya Aidilfitri)

Kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu)

3, 4 dan 5 Julai 2016 (Ahad, Isnin & Selasa) : 3 hari

Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
4, 5 dan 8 Julai 2016 (Isnin, Selasa & Jumaat) : 3 hari



Yahoo!!Cuti seminggu :) Semoga dipermudahkan kita semua sepanjang perjalanan ke mana-mana juga destinasi yang di tuju, Aamiin .