Ana pasti ramai yang dah plan cuti untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiga minggu sahaja lagi, In Shaa Allah. Mak pak perlu ambil cuti tahun dan bergilir dengan rakan sekerja di pejabat dan paling penting kena selari dengan cuti persekolahan anak-anak kan. Dan tak perlu bimbang tentang cuti sekolah kerana KPM telahpun menjadualkan cuti sekolah untuk anak-anak sempena musim perayaan. Di bawah ini ana lampirkan jadual cuti persekolahan untuk dua zon persekolahan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B mengikut negeri-negeri untuk rujukan bersama.


Tarikh Cuti Sekolah Sempena Hari Raya 2016


Klik untuk besarkan gambar

Tarikh Cuti Sekolah Hari Raya Aidlifitri 2016Berikut adalah jadual cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 untuk sekolah-sekolah di Malaysia seperti dikeluarkan oleh KPM melalui surat siaran bertarikh 17 Disember 2015.

Cuti Perayaan 2016 (Hari Raya Aidilfitri)

Kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu)

3, 4 dan 5 Julai 2016 (Ahad, Isnin & Selasa) : 3 hari

Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
4, 5 dan 8 Julai 2016 (Isnin, Selasa & Jumaat) : 3 hari



Yahoo!!Cuti seminggu :) Semoga dipermudahkan kita semua sepanjang perjalanan ke mana-mana juga destinasi yang di tuju, Aamiin .

14 Comments

  1. Alhamdulillah. Maknanya sekolah cuti raya seminggulah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mazlan, sambung terus dari Isnin ke Jumaat, ALhamdulillah.

      Delete
  2. Boleh plan cuti dah kak Ana... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zaf, mak pak pun applylah seminggu haha :)

      Delete
  3. Syukur...bila dah ada jadual ni...memudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memudahkan kita membuat perancangan PC :)

      Delete
  4. yeayy seminggu..kena plan sebaik mungkin kualiti time bersama family..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi, cikgu Anizz yang over suka ni..hihi :)

      Delete
  5. dah siap apply cuti kat opis dah, tak sabaq nak balik kampung raya! hehe

    ReplyDelete
  6. info yang baik kak ana.....ada cuti yang berderetan memang best. kebetulan cuti rehat masih banyak lagi....jom cutiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom balik kampung lama sikit naa, alaa cik puteri tak school lagi abah dengan mama laa kena aply cuti :)

      Delete
  7. kiranye sminggu laa yee..alaa...ahad tu dh sekolh kee..msih kt kmpung tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Zaryth tak sekolah lagi Sha, cuti sakan laa Sha ye :)

      Delete