Alhamdulillah, inilah di namakan rezeki. Minggu ni dua-dua belah jiran memberi buah-buahan pada ana. Jiran sebelah kanan berbangsa Cina memberikan sebiji buah cempedak dan Man sebelah kiri rumah pula menghantar 3 biji durian. Inilah yang dinyatakan, rezeki ni bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, namun pelbagai lagi yang harus kita syukuri nikmatNya.

Bila ada buah cempedak, Adik Ika awal-awal dah pesan, ibu ..adik nak goreng cempedak ye..Memang itu antara makanan kesukaannya lah, cempedak goreng.Pernah satu ketika, sewaktu dia masih kecil, merajuk sakan, menangis bagai sebab kak long habiskan cempedak gorengnya. Sejak hari itu, kalau ada orang jual cempedak goreng, ana pasti akan membelikan untuknya.Hari ini, ana nak kongsikan satu cara yang sering ana gunakan untuk mendapatkan hasil gorengan cempedak yang ranggup dan enak. Jom teruskan pembacaan di www.anajingga.com.




Cara menjadikan cempedak goreng ranggup


Kalau setakad menggoreng cempedak semua orang tahu kan?? Tapi kali ini ana nak berkongsi cara untuk menjadikan cempedak goreng kita ranggup dan sedap di makan. Mudah sangat, tak ada unsur-unsur plastik ye, macam yang pernah diviralkan segelintir masyarakat yang kurang bijak dalam ilmu sains tu. 




Dah nama lagi goreng cempedak kan, mestilah kena ada ulas cempedaknya.Kalau nak goreng pisang, sukun, keladi atau keledek pun kaedahnya sama sahaja.Tak perlu dah membeli tepung goreng ranggup, kita dah boleh terus menggorengnya di rumah dengan bahan campuran tepung yang dibancuh.




Jadi, rahsianya hanya pada bancuhan tepung yang digunakan untuk menggoreng. Ana belajar petua ini dari arwah ibu saudara ana, Wan Esah. Ramuan tepung bancuhannya ialah tepung gandum, sedikit tepung beras (dengan nisbah 3:1) lebih kurang, secubit garam dan sebelum membancuhnya dengan air, masukkan sedikit minyak masak ke dalam campuran tepung. Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan tekstur bahan yang kita kehendaki.Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.




Sadurkan pada isi cempedak dan goreng dalam minyak yang panas. In Shaa Allah akan mendapat hasil gorengan yang ranggup tepungnya. Nak lagi krup-krup, kena makan panas-panas kay. Jangan sampai melecur sudah. Selamat mencuba .... :)