Kisah ikan puyu dan ikan emas di dalam akuarium rumah ana ni, mungkin boleh dijadikan pengajaran buat pembaca www.anajingga.com. Bukanlah kisah apa pun sekadar berkongsi pengalaman.Ceritanya macam ni....






Lima ekor ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium rumah ana ni, bukanlah kami beli. Dua ekor pemberian jiran kami Man dan tiga ekor lagi diberi oleh jiran berbangsa Cina kami, Ngan. Mereka ni dahulu memang nya memelihara ikan dalam akuarium juga, namun bila dah mula hilang minat dan ketiadaan masa nak maintain, mereka berikan pada kami.Suami ana, sehingga hari ini, masih rajin menjaga kebersihan air dan ikan-ikan di dalam akuarium ni.

Dah hampir setahun jugalah ikan puyu ni membesar dalam akuarium kami. Ada berwarna oren seperti dalam gambar ada berwarna kebiruan. Tetapi baru-baru ini, jiran sebelah rumah ana, yang juga berbangsa Cina, Leong,merupakan menternak benih-benih ikan di Kundang, memberi dua ekor ikan emas kepada suami.Ana dah bagitahu awal-awal tak boleh nak campurkan ikan puyu dengan ikan emas ni.Tetapi suami nak juga ambil dan malam tu letakkannya ke dalam akuarium di anjung rumah.




Esok pagi, ana nak beri makan ikan-ikan dalam akuarium, ana dapati ikan emas dari dua ekor dah tinggal seekor.Aik!!Mana pii lagi satu,lenyap terus.. agaknya sembunyi kat celah-celah batu kut.Ana pun buat tak tahu lagi. Tengahari tu semasa ana nak ambil Adik Ika dari sekolah, ana lihat ikan emas yang seekor tu pun duk tunggang terbalik di permukaan air.Kesian sangat. Ana sauk dan letakkannya ke dalam jug besar untuk asingkan dari geng ikan puyu ni. 

Bila lihat pada filter akuarium baru ana perasan ikan emas satu lagi tu dah tinggal rangka je.Maknanya malam tadi kena belasah dengan geng ikan puyu la tuu.Kesiannya. Dan petang tu, ikan emas seekor yang ana letak dalam jug besar tu pun dah mati, terapung dah. Memang sah lah,ikan puyu dan ikan emas tak boleh letak bersama didalam akuarium. Depa bergaduh. Ganas gak ikan puyu ni kan.Patutlah ikan bandaraya yang ada sebelum ni pun lenyap begitu sahaja.

Jadi, untuk pengetahuan semua, janganlah campurkan ikan puyu ni dengan ikan-ikan lain. Memang tak ngam depa ni. Ada juga yang menyatakan bela ikan puyu ni untuk elak rumah dari dipukau. Itu kata orang-orang dahulu kala, Waallahu a'lam. Sebaiknya usahlah kita letakkan kepercayaan pada mitos ini. Berdoalah sentiasa kepada Allah swt agar dilindungi kita semua dari keburukan dari dunia hingga akhirat.Itu lebih afdal.Kami pun pelihara ikan puyu ni sebab pemberian jiran dan tiada motif lain.Sekadar hobi masa lapang serta suka melihat dan bercakap-cakap dengan ikan-ikan ni di waktu santai. 

8 Comments

  1. Salam kak ana..memang betul org tua2 cakap elok bel ikan puyu dalam rumah.kat rumah SA pun ada 2 ekor ikan puyu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang kak ana dengar petua tradisi lama ni SA :)

      Delete
  2. Nak kena bela juga lah ikan puyu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je bela Kak Mala, cuma jangan campur ikan lain, mati nanti hihi :)

      Delete
  3. Saya pernah dok pelihara ikan puyu together-gether dengan ikan lain.. ikan puyu ni memang raja naa.. habis dikokaknya ikan2 lain tu.. sudahnya, saya asingkanlah depa.

    ReplyDelete
  4. Betul betul tunjuk samseng ikan puyu ni... Tak sedar diri punya puyu...

    ReplyDelete