Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Berwajah Baru
Kenali tubuh anda wahai wanita di luar sana. Hargai setiap inci tubuh kita kerana kita adalah ciptaanNya yang istimewa. Wanita, seorang anak gadis, seorang isteri dan seorang ibu yang mana harus kenal dan tahu setiap bahagian tubuh badan kita adalah terlalu istimewa dan perlu dijaga. Jangan hanya mahu kelihatan cantik di wajah tetapi abaikan penjagaan dalaman yang paling berharga. Bahagian intim wanita, sangat memerlukan penjagaan khusus supaya ia sentiasa bersih dari segala jangkitan dan terhindar dari segala masalah yang mengundang ketidak selesaan.
Umpama sebutir permata yang tersembunyi, namun perlu di jagai rapi kerana disitulah kebahagiaan sesebuah hubungan kasih sayang. Ianya amat sensetif dengan persekitaran yang terdedah pada jangkitan yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah dalaman wanita seperti kegatalan, keputihan malah lebih parah jika mengalami masalah bau yang kurang selesa.Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mengetahui apa yang tersirat.Nak diceritakan pastinya segan, namun kini, ana ingin perkenalkan satu lagi produk khas untuk menjaga kebersihan dan kesihatan bahagian intim wanita iaitu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU
Sejujurnya ana memang telah lama menggunakan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni. Produk ini memang telah dikenali dan dipercayai sejak dahulu lagi. Lama dah rasanya produk ini diperkenalkan di pasaran tempatan. Kenapa ana memilih untuk menggunakan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ? Kerana tak lain tak bukan ialah bahan utamanya iaitu daun sirih yang diekstrak dan diformulasikan dengan wangian alami yang menyegarkan bahagian intim wanita.
Malahan secara tradisionalnya juga, arwah opah ana yang menjaga ana sepanjang tempoh berpantang suatu masa dahulu secara manual merebus beberapa helai daiun sirih dan digunakan air rebusannya yang suam-suam itu untuk membasuh bahagian intim wanita. Menurutnya daun sirih amat sesuai untuk menjamin kebersihan dari terkena jangkitan malahan merawat dalaman wanita supaya kembali ke asal selepas kelahiran. (orang yang dah berumahtangga pasti fahamkan .. :)Sehingga ke hari ini, ana masih ingat pesan arwah opah supaya ana menanam pokok sirih di belakang rumah dan Alhamdulillah ia masih ada sehingga sekarang. Cuba lihat dalam gambar, props daun sirih asli yang ana gunakan..
Namun kini, dunia semakin mudah dan canggih.Teknologi membantu untuk wanita yang bekerjaya yang kesuntukan masa namun tetap masih boleh menjaga kepentingan peribadi khususnya. Dengan adanya Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU di pasaran tempatan, mudah bagi kita wanita mempastikan kebersihan dan keselesaan dalaman terjaga rapi. Daun sirih yang terbukti secara tradisional amat bagus untuk dalaman wanita kini diekstrak dan diformulasikan menjadi sejenis bahan pembersih yang selamat digunakan.Di tambah pula dengan formulasi wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan sepanjang hari.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.
· Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
Ana sendiri gemar dengan keunikan haruman orkid pada formulasi Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni yang halus sangat bau wangiannya.
· Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar–
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
· Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral–
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk –
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
Salah satu juga dari variasi yang ana gunakan Permbersih Kewanitaan SUMBER AYU Musk, memang aroma yang anggun mempersona dan terasa segar sepanjang hari, cubalahhh :)
· Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir –
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
· Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity–
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Paling feveret buat anak-anak gadis ana sebab mereka suka dengan bauannya yang segar bila digunakan sebagai bahan pembersih harian mereka.
Dimana hendak dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ?
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU diyakini selamat dan mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM untuk kegunaan kita wanita muslimah. Boleh didapati dengan mudah di kebanyakan pasaraya dan farmasi seluruh negara. Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
16 Comments
baggus daun sireh
ReplyDeletesungguh NH daun sirih memang bagus untuk kesihatan dalaman wanita :)
DeleteSaya memang pakai Sumber Ayu nie, jenis gambir sebab baunya harum sangat...
ReplyDeletebetul tu shikin sumber ayu ni dah lama digunakan oleh wanita kita :)
DeleteSuka sgt..secara asas bhnnya semulajadi, wangi dan harganya pun mampu milik
ReplyDeletesamalah mummy ;0
Deletenice sharing and review :)
ReplyDeleteTQ Dear :)
Deleteoo dah berwajah baru ye. untungnya ada tanam sirih. rumah ni dah xde dah sirih. abis diracunnya kat abang. memang tak kenal langsung sirih gamaknya. =.="
ReplyDeleteHihi lama dah pokok sirih belakang rumah ni Faizah, sayang sangat memang kami jaga :)
Deletedulu memang selalu pakai..tapi sekarang guna lain pulak
ReplyDeleteproduk sumber ayu memang telah lama dipasarankan Mar :)
DeleteProduk hebat dan diyakini
ReplyDeletebetul tu Zumal :)
Deletemmg best guna yg ni..
ReplyDeletekan yui :)
Delete