Buah Rozel atau Roselle ni dipercayai mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan, kaya dengan Vitamin C setanding dengan sumber buah-buahan lain. Dari kecil lagi ketika di Teluk Intan dahulu, mak Ana ada menanam pokok Rozel dan sering kali memasakkan air jus dari buahnya.Dulu di kampung, mak panggil pokok ni pokok asam kumbang. Mungkin sebab rasanya yang masam dan bentuknya pula macam seekor kumbang, jadi nak mudah orang kampung panggillah asam kumbang. Daunnya juga boleh di makan di masak jadikan sayur. Tapi ana tak ingat dah rasanya macam mana. Cuma hari ini, ana nak kongsikan cara memasak atau membuat jus dari buah Rozel ni. Senang sangat tau.. :)





Cara Buat Jus Buah Rozel 


Kebetulan musim bunga kali ni, cewahh!! Musim buah Rozel sebenarnya berbuah di belakang rumah, kemudian jiran ana, Kak Ani hantar juga seplastik buah Rozel yang dah masak ranum di perkarangan rumahnya. Dah banyak macam ni sesuai dah nak jadikan Jus Buah Rozel. Sedap sangat rasanya sama seperti minum air Ribena. Hampasnya pula sedap dijadikan jem. 


Buah Rozel

Inilah dia buah Rozel dari pokok Rozel yang ana tanam di belakang rumah. Pokoknya rendah sahaja,lebih kurang pokok bendi, dan dari pembacaan ana di internet, pokok Rozel ni sama spisis pokok bunga raya. Ia memang berbunga seperti bunga raya tu juga. Ana tanam pokok Rozel ni dari biji benih yang ada didalam buah Rozel yang telah tua. Semai sahaja biji benih dan In Shaa Allah senang nak tumbuh pokoknya.


cara buat jus buah rozel


Jom kita mulakan proses memasakjus buah Rozel ni, dah petik buahnya, kita perlu kupik kelopaknya sahaja dan buang biji di tengah-tengah tu. Tetapi jika biji itu dah tua, bolehlah di tanam semula butirnya untuk dijadikan anak benih pokok Rozel. Biji di tengah tu berwarna hijau jika masih muda dan hitam kering bila dah cukup tua.


cara nak buat jus rozel


Kemudian bersihkannya elok-elok masukkan ke dalam periuk dan masukkan air .Didihkan di atas api yang perlahan.




Apabila dah mendidih masukkan gula. Buah Rozel ni masam jadi kena tambahkan gula ikut keperluan rasa masing-masing. Ana misalnya memasak dalam satu periuk kecil buah Rozel ni, ana tambahkan lebih kurang 4 cawan gula pasir ke dalamnya.


cara buat jus buah rozel


Taa daa!! Tapiskan airnya dan simpan sebagai kordial. Siap dah, sejukkan cuma campurkan dengan air sejuk dan ais kiub untuk di minum. Kalau berminat,hampas dari rebusan buah Rozel tu, bolehlah direbus semula dengan memasukkan sedikit gula lagi untuk dijadikan jem. Bila dah sebati gulanya, sejukkan seketika kemudian di kisar. Dan terhasillah pula jem buah Rozel. Ana tak buat sebab anak-anak tak gemar makan roti dengan jem ni, jadi ana sempat hasilkan jusnya sahaja. 

Kalau jumpa buah Rozel pasni, jangan lupa buat jus kay. Sedap dan berkhasiat sekali dijadikan minuman sekeluarga. 

18 Comments

  1. Boleh buat jus rupanya.
    Tapi jaranglah saya nampak buah ni ranum kat kampung saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh GL, memang sedap rasa sama seperti Ribena

      Delete
  2. Sedapnya air rozel nie, jiran sebelah ada tanam dan slalu jugak bagi pada saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Shikin, dulu pun asalnya benih ni dari jiran AJ berbangsa Cina yang selalu beri buahnya, sekarang adalah tanam sendiri

      Delete
  3. Buah nie boleh makan mentah kan ?

    ReplyDelete
  4. pernah tengok kat umah kawan.. tp 1st time tau cara buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik EN, pasni kalau jumpa buat sendiri naa jus rozel :)

      Delete
  5. Sedapnye air rozel... dulu pernah buat jugak..

    ReplyDelete
  6. pernah minum air rozell ni sedap masam2 mana nak cari kat sini ya...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tak pasti pula SH, berkemungkinan juga lah :) tapi kalau sepokok berbuah hat lain pun lebat buahnya..waallahu alam

      Delete
  8. Jiran bg buah ni..saya nk cuba la sedap atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah, in shaa allah sedap masam2 rasa dia ala2 ribena gituew :)

      Delete