Sarapan Lempeng Kelapa Cicah Sardin
Menu orang kampung yang penuh nostalgia. Lempeng kelapa atau masa kecil-kecil ketika di kampung ana dahulu, orang Teluk Intan panggil tepek nyor. Inilah antara juadah minum petang atau sarapan pagi kami zaman tu. Sampai jemu jelak jugalah sudahnya, namun makan jua lah kerana ketika itu tak banyak pilihan yang ada.
Lempeng kelapa ni sedap di makan panas-panas. Kalau tak cicah dengan gula, kami cicah dengan kuah kari, biasanya kalau sarapan tu lebihan kari semalamlah yang di perangat kan semula. Tapi sekarang ni, kalau rindu nak makan lempeng kelapa, banyak restoran atau gerai ada menjualnya. Salah satunya yang ana kunjungi bersama suami hari Sabtu lepas, dalam perjalanan temujanji dengan Dr Jamal di KPJ Sentosa. Suami ajak sarapan lempeng kelapa di Restoran Sri Indah, Batu 16, Rawang.
Haa ambik ko ana!! Dua keping sekali order hihi, betul-betul lepas rindu ni namanya. Lempeng kelapa ni murah sangat harganya, sekepimg cuma RM1 sahaja. Diberikan kuah kari dan sambal tumis sebagai pencicahnya, tapi ana ambil sambal sardin juga, baru lah ngam dengan selera ana. Sedap, ada rasa lemak masin pada lempeng kelapa nya. Kat mana nak makan lempeng kelapa di sekitar Rawang ni, ana makan di Restoran Sri Indah, Baru 16 atau senang cerita berhadapan Tesco Rawang seberang jalan tu bertentangan dengan Sakan, Rawang. Orang Rawang pasti tahu kan.
Kalau ikut resepi mak ana dahulu, lempeng kelapa ni dibuat dengan bancuhan tepung gandum, kelapa parut dan air garam. Pastu goreng atas api dengan sedikit minyak. Bila di restoran ni depa gunakan kuali leper roti canai tu, sebab tu cantik leper je rupa parasnya. Tak kisahlah kan janji sedap di makan.Kena pula dengan kopi O, ermmm malas nak cakap punya laa sedapkan.
16 Comments
sdapnya..:)
ReplyDeleteSedap buat sarapan NN :)
DeleteSalam kak ana. Im back! 😉😉😉 . Nanti singgah blog kita ya kak ana. Kita ada buat contest... bolehlah join da war2kan kat kengkawan blogger yg lain. Muahhh
ReplyDeletewelcome back Liza sayang, missed you so much my adik :)
Deletekalau bab lempeng tak kira lempeng apapun memang feveret ler Ana. pertamanya sbb kurang minyak, kurang lemak dan mengenyangkan..
ReplyDeleteHaah KY menu sihat juga kan, kenyang pulak tu dua keping ni :)
DeleteLapor balik akak ni Ana hihihi..
ReplyDeletePadahal baru sarapan nasik lemak..
Nampak sangat sedapnya tu :)
Hihi nanti CH boleh laa buat sendiri kat rumah makan sekeluarga, petang ke sarapan pun boleh kan :)
Deletetak penah try lagi tapi nampak sungguh menyelerakan..
ReplyDeleteSedap husna, lemak manis gitu :)
DeleteSedapnyaa ni. Feveret !
ReplyDeletefeveret ye Nani :)
DeleteSaya suka lempeng cicah kari lebihan semalam. Hehe. Memang heaven sangat buat sarapan!
ReplyDeleteKan Zaila, kari semalam yang heaven sangat tu kan hihi :)
DeleteHehehe kat teganu kami cicah ngan gula susu atau kuah kari kak ana..mmg sedapp ooo..Tapi kalaunlya buat kat rumah lya cicah gula jer
ReplyDeleteHaah Lya , kak ana pun dedulu cicah gula gak :)
Delete