Rasanya dua siri drama telenovela Filipina di slot Telenovela TV3 tak sempat ana ikuti tahun lepas. Last pun ana mengikut siri The Borrowed Wife kalau tak silap memandangkan tahun lepas Adik Ika menduduki SPM, jadinya time pukul 3 petang tu, kena menghantarnya ke tusyen. Dan kini, dah boleh kembali mengadap semula memandangkan ada waktu terluang waktu-waktu begini. Jadi ana nantikan sahaja drama siri terbaharu di TV3 mulai 10hb Januari 2017 yang lalu,iaitu Obsession. Macam best je kan..jom kita baca dulu sinopsis dan kenali pelakon-pelakonnya.


Obsessiontv5.jpg


Drama Siri Obsession di TV3


JUDUL : OBSESSION (2014)
GENRE : Drama Medikal, Romantik, Psiko
MASA/TARIKH : Bermula 10 Januari 2017 (Selasa) , jam 3:00pm
PENGARAH : Jay Altarejos

PELAKON DRAMA OBSESSION 


Bianca King - Vanessa Villareal


Image result for obsession bianca king


Neri Naig - Bernadette

Image result for obsession Neri Naig


Martin Escudero - James Calderon


Image result for obsession Martin Escudero


Marvin Agustin - Ramon Mendoza

Image result for obsession Marvin Agustin


Elizabeth Oropesa - Regina Mendoza

Image result for obsession Elizabeth Oropesa



Richard Quan - Jaime Calderon

Image result for obsession Richard Quan


Shiela Marie Rodriguez - Irene Calderon
Kerbie Zamora - Timothy
Franchesca Salcedo - Lucy Calderon


Sinopsis drama siri Obsession 





Bernadette (Neri Naig) merupakan seorang ahli kimia di sebuah syarikat kecantikan berjaya yang telah membangunkan produk yang berbeza dengan megah.

Dia membesar didalam dunia dimana dia hanya menjadi kedua yang terbaik. Perkara ini membuatkan Bernadette sentiasa berasa risau dan tidak berpuas hati tentang dirinya. Hubungan percintaannya juga menjadi singkat kerana dia seorang yang kuat cemburu.

Sikapnya itu berubah apabila dia bertemu James (Martin Escudero), seorang playboy yang berjaya membuat Bernadette jatuh cinta padanya. Bernadette menjadi terlalu obses dengan James dan perkara itu juga membuatkan hubungan mereka retak.

Ramon (Marvin Agustin), seorang pakar bedah kosmetik dan juga seorang jutawan, mendapati Bernadette berada di dalam masalah. Ramon menawarkan peluang kepada Bernadette untuk memulakan hidup baru dengan mengubah wajah dan pengenalan dirinya.


Pelbagai terapi dilakukan pada Bernadette sebelum dia melalui pembedahan. Akhirnya, Bernadette telah mengubah wajah dan dikenali sebagai Vanessa (Bianca King). Niatnya ingin membalas dendam pada James dan membuat James jatuh cinta padanya.

Dalam pada itu, Ramon juga jatuh hati pada 'ciptaan'nya sendiri dan menjadi terlalu obses dengan 'Vanessa'.

Adakah Bernadette@Vanessa berjaya dalam rancangan dendamnya? Adakah James akan jatuh ketangan Bernadette@Vanessa? Adakah Ramon berjaya menakluki 'ciptaan' yang telah dia lakukan? Jangan lupa menonton slot Telenova yang menarik ni sehingga ke episod akhir nanti kay .

kredit foto-foto : Google Image 
kredit sinopsis :SINI





8 Comments

  1. lisa memang tengok sebab kt tempat keje tkde keje nak buat,. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa bestnya lisa :)sambil kerja layan telenovela :)

      Delete
  2. Selamat menonton... kul 3 petang saya dok melayan alisya.. memang tak dan tengok tv... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ni kerjarumah dah settle Nora, dapat lah mengadap hihi :)

      Delete
  3. Wah.. baca sinopsis mcm best...

    ReplyDelete