Keyakinan diri , tampil yakin bertenaga sepanjang hari memberikan satu aura sinergi hebat seorang lelaki metropolitan. Wahhh!!  Pasti mempersona apabila di setiap waktu yang ada anda memberikan impak positif dalam keterampilan diri gaya maskulin sejati. Dari awal pagi melangkah masuk ke ruang kerja sehinggalah tiba waktu untuk kembali ke rumah, masih mempunyai sinergi positif. Bagaimana untuk anda menjadi jejaka maskulin hebat bertenaga sepanjang hari? Ana kongsikannya disini.... 




Semburan Deodoran ROMANO


Pernah dengar tak satu jenama penjagaan peribadi khas buat lelaki bergaya hebat iaitu ROMANO? Pasti pernah kan.. mahu kan tidak. ROMANO telah lama bertapak dalam dunia penjagaan peribadi kaum Adam yang amat mementingkan keterampilan bergaya luaran dan dalaman. Biar segak di pandang mata dan mesra bila di dampingi. Inilah dia ROMANO yang khusus buat lelaki metropolitan kacak menawan. 




Hari ini, Semburan Deodoran ROMANO, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum. Dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Ternyata, dengan menggunakan Semburan Deodoran ROMANO bukan sahaja menambah keyakinan diri, malahan menjaga dan melindungi di samping cepat dan pantas dalam mengejar peredaran waktu yang kian hari kian mencabar untuk dilalui saban hari. Sekali semburan memberi kesegaran badan selama 24 jam.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

Memperkenalkan empat wangian terbaharu Semburan Deodoran ROMANO iaitu : 

ROMANO Metro Pulse 



ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi. 


ROMANO Prestige 




ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.


ROMANO Classic 




ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.


ROMANO Urbane Attitude 




ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

4 Comments