Orang kita ni, ada ketikanya yang paling sempoi dan ringkas itu lah yang paling sedap kan. Contohnya macam ikan bilis goreng petai kat atas tu.Sedap bukan main makan sesekali. Tak perlu dah merendang daging bagai...

Ikan bilis ni goreng dengan hirisan bawang besar dan cili api sahaja pun dah cukup. Buh kicap makan nasi putih panas, ambik ko mahu licin sepinggan. Atau nak lagi senang telur mata kerbau goreng buh kicap pun sodap makan sekali-sekala.

Cuma itulah keluhan marhein kini, harga makanan yang terlampau mahal. Tengahari tadi, ana makan tengahari di kedai kerana baru balik dari temankan Kak Long temuduga. Ana ambil seketul ayam rendang, kuah lemak dan sayur kobis goreng, harga yang dicaj RM8 belum campur air lagi tu. Nak tak nak itu lah harga yang perlu di bayar.

Petai ni pun mahal bukan main sekarang ni. Paling murah pun ana dapat beli, 3 keping RM5. Itupun kalau matanya besar baru ana beli kalau halus-halus tak berbaloi lah membelinya.Tapi tu laa, merungut macam mana pun tak memberi kesan juga. Tiap-tiap bulan tertanya-tanya apa harga apakah yang bakal membebankan hidup kita lagi. Marhein terus tertekan tanpa pembelaan.. mungkin inilah ujian kita di akhir zaman ni. Waallahu a'lam..

14 Comments

  1. Betul kak..yang simple itu ada satu aura yang lain macam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PC, makin sempoi makin sedap Alhamdulillah semua itu rezeki dariNya jua, syukur selalu :)

      Delete
  2. Kadang kadang , makanan yang paling simple tu la yang paling sedap

    ReplyDelete
  3. Simple macam ni lagi lah bertambah makan nasi. Heheh

    ReplyDelete
  4. petai dngn budu je pun dah sedap kak ana

    ReplyDelete
  5. Semalam kak beli betik kat peniaga kawasan perumahan. Sekilo RM8.00 sedangkan dipasaraya bulan lepas baru RM4++. Beli juga dah nak makan. Skilo lebih sikit berat dia. Bayar RM10.00...dah tu isi pahit pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah kak, macam tu la sekarang ni, semuanya mahal2 belaka dah macam tak lojik je semuanya :(

      Delete
  6. Boleh bertambah nasi dipinggan tu ana..
    Sedap lauk yg simple kan

    ReplyDelete
  7. tu la kan :(
    pilu betul aida tgk harga makanan skang.
    sabtu ari tu, spt biasa ke pasar besar melaka.
    aduhai! mahal nyer... aida yg bekeje ni ngeluh.
    apatal lg yg x bekeje. Allah je Maha Tahu pe yg dirintih dlm hati kan.
    pe pun, lauk tu memang win.
    nasi panas2. aduhai... mak mertua dok sebelah diam2 pun silap haribulan kita x perasan ha ha ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la kan aida, sebanyak mana kita merungut sekali pun hakikatnya perut tetap perlu diisi kan :) berjimat semampu mungkin :)

      Delete