Kehadiran Ramadan makin kian terasa. Sekarang pun dah masuk bulan Syaaban bermakna tak sampai sebulan lagi Ramadan bakal menjelma. Seiring dengan itu juga bila tibanya Ramadan persiapan untuk kehadiran Syawal menjadi tumpuan khasnya kita lah kaum ibu ni. Antara yang menjadi fokus utama persiapan hiasan rumah, kuih muih, pakaian baru dan sebagainya. Tak sah kalau tak serba baru untuk sambutan Aidil Fitri ni. Namun semua itu mengikut kemampuan dan bajet masing-masing la kan..jangan sampai ada pembaziran dan kemahuan melebihi keperluan sudahlah.

Eh..bercakap pasal puasa dan raya ni, memang teruja sangat kan. Dan hari ini, ana nak kongsikan dengan korang semua sesuatu yang tidak kurang pentingnya dalam menghadapi ketibaan setiap perayaan iaitu kebersihan dan kesihatan rumah dan seisi keluarga. Untuk itu, Dettol dan Air Wick melancarkan kempen untuk mempastikan rumah dan keluarga kita terlindung daripada kuman dan dalam masa yang sama kekal harum untuk penghuni dan juga tetamu yang bakal berkunjung nanti. 




Beli Dettol /Air Wick Dapat Hadiah Bekas Kuih Comel




Sambil korang membuat persiapan untuk kebersihan dan keselesaan rumah dengan membeli pelbagai produk Dettol atau Air Wick ni, korang juga berpeluang memiliki bekas kuih atau balang raya yang comel. Ini kerana sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, dengan setiap pembelian sebanyak RM 25 ke atas untuk produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, korang layak untuk mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih muih dan biskut raya feveret korang. Kumpulkan ke empat-empat warna untuk menceriakan rumah di masa Raya nanti. Tawaran ini terdapat di semua farmasi dan pasaraya utama seluruh negara. Jom shopping !!



Peraduan Dettol / Air Wick Bersama Chef Anis Nabilah




Cop!! Bukan itu sahaja tau..Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian mereka  dan korang  mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3. Alaa..mesti korang kenal punya kan..comel sangat Chef Anis ni kan..




Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan korang di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – korang mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, sempat lagi ni, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.


Jadi apa tunggu lagi, shopping awal untuk keperluan persiapan Raya dan sertailah peraduan awesome ni. Pasti best berpeluang bertemu dan buat kuih bersama Chef Anis yang popular tu. Dapat juga perlbagai tips resepi yang best-best dari beliau nanti. Sambil itu,ana nak kongsikan juga dengan korang beberapa fakta mengenai produk yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia iaitu Dettol Dan Air Wick. 



Produk-produk  Dettol




Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baharu dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.

Produk-produk Air Wick




Air Wick mula menawarkan produk wangian rumah pada tahun 1943 di Amerika Syarikat. Jenama tersebut kemudiannya berkembang pada tahun 1953 sehinggalah ke Eropah, Kanada, dan Australia. Kini, produk Air Wick boleh didapati di lebih daripada 60 buah negara termasuklah Malaysia. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis wangian rumah, termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera, gel aroma, dan banyak lagi. Wangian rumahnya juga merangkumi pelbagai jenis, dari wangian bunga hinggalah ke wangian segar, lavender, sitrus dan banyak lagi. Air Wick memastikan rumah anda sentiasa segar, wangi, serta melambangkan personaliti tuan rumah.

Jadi jangan lupa puan-puan semua, beli produk-produk Dettol dan/atau Air Wick bernilai RM 25 ke atas dan sertai  peraduan sambil memiliki bekas kuih Raya yang comel dan berwarna-warni tu.

9 Comments

  1. Assalmualaikum kak ana...lama dah x skodeng blog akak...x lama lagi dah nak pose ek sekejap btol masa berjln :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Malinda, tuu laa, kak ana pun lama dah tak blogwalking ,kann cepat sangat masa berlaludah nak setahun kembali kita akan berpuasa , In SHaa Allah

      Delete
  2. Wah macam best aje peraduan tu. Mana tahu untung untung dapat buah kuih raya dengan chef Nabilah kan :)

    ReplyDelete
  3. lisa pakai airwick ni .. wangi oo

    ReplyDelete
  4. Menarik nie Ana, beli produk dapat hadiah lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Sue, mana tahu boleh menang peraduan lak kan :)

      Delete
  5. memang wangi semburannya kan Ain :)

    ReplyDelete