MINUMAN UNTUK SIHAT, DIET & CANTIK PASTINYA NUTRI BROWN RICE
Kesihatan adalah anugerah yang paling berharga dalam kehidupan setiap insan. Namun bukan sesuatu yang mudah untuk mempastikan kita dapat menjaga kesihatan dengan sempurna. Banyak faktor yang harus dititik beratkan seperti penjagaan makanan secara seimbang, senanam yang konsisten,berat badan yang ideal dan sebagainya. Rutin hidup seharian dengan kerjaya, masa untuk keluarga dan anak-anak misalnya menjadi kekangan untuk kita mendapatkan riadah dan memasak masakan yang berkhasiat untuk diri sendiri. Pilihan yang ada, makan di luar yang sememangnya tidak sihat dan senanam pula ikut masa yang terluang sahaja lah dapat dilakukan.
Tapi kini banyak ruang dan peluang yang ada untuk kita kekalkan kesihatan dan diet yang sihat. Pelbagai pilihan yang ada, namun apapun semua itu memerlukan displin dan paling penting mudah untuk di sediakan dan diambil secara konsisten dengan mudah. Hari ini, ana nak perkenalkan dengan korang semua satu jenis minuman yang bukan sahaja sihat dan berkhasiat, tetapi ia juga memenuhi keperluan diet korang untuk sehari. Malah lebih istimewa lagi, ia juga baik untuk seisi keluarga, untuk ayah bertenaga sepanjang hari, untuk ibu yang inginkan kecantikan kulit dan diet yang baik dan juga sesuai sebagai makanan pejal untuk bayi dan kanak-kanak. Best kan...all in one dan ia adalah NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE.
NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE
Menu sarapan pagi yang wajib di kalangan rakyat Malaysia tak lain tak bukan nasi lemak, roti canai, mee goreng, mihun goreng, nasi goreng dan nak bagi sedap lagi letak lah sambal, telur, ayam, daging dan sebagainya. Wahh!! Pagi dah menu yang tidak menyihatkan , tapi itulah pilihan yang ada kan. Nak masak sendiri tak sempat kerana nak kejar masa ke tempat kerja, tersangkut dalam kesesakan trafik, nak hantar anak ke Taska dan seribu satu sebab lagi.
Tapi ana nak syorkan kepada korang yang sentiasa diburu masa namun masih ingin mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat tak kira lah untuk sarapan, minum petang atau pun supper. Korang kena mencuba NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE ni. Sebab ia sangat mudah disediakan dan boleh di ambil pada bila-bila masa. Cepat, sedap, kenyang dan yang penting berkhasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Kenapa ana katakan ia sangat baik untuk kesihatan,ialah kerana ia dihasilkan dari beras perang atau brown rice yang sememangnya diketahui umum sangat baik untuk diet yang sihat.
Khasiat Brown Rice (Beras Perang ) :
Setiap sebiji brown rice mengandungi Magnesium, Zat Besi, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin E, kandungan Fiber yang baik untuk diet, Protein, Karbohidrat dan lain-lain. 96% dari golongan dewasa dan kanak-kanak tidak mendapat keperluan bijirin yang secukupnya, oleh itu pengambilan brown rice dapat melengkapi 100% keperluan whole grain dalam tubuh badan.Malahan menurut American-Eurasian Journal of Agronomy 2009, Brown Rice adalah makanan tersihat di dunia.Menarik kan...
Antara khasiat Brown Rice untuk kesihatan ialah:
~ Antioksidan
Brown Rice mengandungi antioksidan sama seperti blueberries dan strawberi.Ia baik untuk melembutkan kulit, mengurangkan kedutan dan membaiki kesan parut. Baik untuk kecantikan dan awet muda kan..bestnya!!
~ Memberi tenaga berpanjangan.
~ Menurunkan kadar kolestrol
Ana membelikan beras perang atau brown rice untuk diet mak dan abah yang sebelum ni menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan kandungan kolestrol yang agak tinggi. Brown rice mengadungi 100% whole grain.
~ Membantu sistem penghadaman dalaman dan melancarkan proses pembuangan setiap hari.
~ Membantu mengawal berat badan.
Brown rice akan menjadikan kita sentiasa berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama, jadi korang boleh diet secara sihat.
Sekarang korang dah tahu khasiat Brown Rice yang merupakan sajian utama di dalam setiap peket NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE. Tetapi ada sesuatu yang lebih istimewa yang ana nak kongsikan dengan korang tentang NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE. Ia bukan sahaja minuman yang berkhasiat tetapi juga sedap. Serius memang sedap sebab ana sendiri telah pun mengambilnya lebih dari seminggu.Ia di datangkan dengan pelbagai perisa yang enak. Ana telah mencuba lima perisa yang ada di pasaran.
Lima perisa pilihan NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE:
1.NUTRI BROWN RICE ORIGINAL
Ia benar-benar rasa asli , dalam kata yang lebih mudah, kalau korang pernah makan bubur nasi yang asli begitulah serba sedikit gambaran rasanya. Rasa asli namun dalam tektur minuman yang lembut dan halus. Boleh di minum sekali hirup sahaja.Sedap tanpa sebarang perisa.
2.NUTRI BROWN RICE OAT WITH SOY LECITHIN
Minuman NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE dengan campuran Oat bersama Soy Lecithin mengandungi butiran oat dengan soy lecithin di dalam kandungan segelas minuman. Ana seorang yang sangat tak suka minum oat, tapi bila mencuba sendiri minuman NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE rasa macam okay je.
Cuba korang tengok bijirin oat di dalam minuman yang belum ana bancuh ni. Ana mengambil minuman NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE ketika ana bersahur ketika ganti puasa dan puasa sunat Rejab yang lalu. Alhamdulillah ia mengenyangkan sehingga ke waktu berbuka masih bertenaga.Jadi dah hampir ketibaan bulan Ramadan ni,korang boleh lah cuba sahur dengan minuman NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE yang bukan sahaja cepat disediakan tetapi yang penting membekalkan tenaga sepanjang hari, In shaa Allah.
3. NUTRI BROWN RICE CHOCOLATE :
Mengandungi zat besi dan kalsium yang sangat baik untuk sistem peredaran darah dan kesihatan tulang. Walaupun ia datang dalam peris coklat namun bahan utamanya masih beras perang atau brown rice yang sangat berkhasiat.
Sedap!! Memang sedap dan pasti anak-anak yang menyukainya. Ia berlainan dari mana-mana minuman malt lain kerana kandungan brown rice yang membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian kanak-kanak secara diet yang sihat. Berikan segelas untuk sarapan anak sebelum ke sekolah atau untuk supper menemani anak yang menyiapkan kerja sekolah atau juga untuk student di IPTA yang sering kali belajar lewat malam. Daripada korang makan dan minum yang tidak sihat, baik kirang ambil sahaja secawan NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE ni.
4.NUTRI BROWN RICE HONEY
Haa..hat ni yang paling feveret pada ana. Sebab apa tau? Sebab pertama paling sedap dari kesemua flavour yang ada tu. Sebab kedua ialah kerana dalam setiap kotak NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE HONEY ni ada disertakan sepekat 100% madu bunga asli.
Tak percaya? Cuba korang tengok gambar tu, lepas bancuh NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE, buka peket kecil madu yang dibekalkan bersama dan masukkan ke dalam minuman. Sedap sangat aihh!!Ana pasti ini pasti pilihan wanita macam ana. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, tapi dapat menjaga berat badan ideal dan kecantikan kulit kita.
5.NUTRI BROWN RICE ORIGINAL - NO SUGAR ADDED
Variasi ini sangat-sangat sesuai untuk mereka yang dalam diet kesihatan pengurangan gula dalam badan. Ia mengandungi inulin yang bertindak sebagai prebiotik untuk sistem penghadaman badan. Ia nya bertekstur lembut dan halus namun masih sedap.
Sekarang korang dah tahu kan kenapa NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE ni lebih baik dari pelbagai minuman cereal lain yang ada. Bukan sahaja berkhasiat tetapi ia juga sedap sebab kebanyakan minuman kesihatan lain tu agak kurang sedap..betul la kan. Yang paling ana suka sebab NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE teksturnya sangat lembut dan halus (mild) jadi korang boleh minum sekali hirup sahaja. Kandungan beras perang dan bahan-bahan perisa yang natural dan ana pasti kita akan minumnya secara konsisten.
Cara penyediaannya juga amat mudah, cuma campurkan sepekat dengan air panas, kacau sebati dan nikmatinya. Ia sesuai untuk semua golongan dari warga emas yang memerlukan diet kesihatan, orang dewasa yang memerlukan tenaga berpanjangan, wanita yang ingin kekalkan kecantikan kulit serta berat badan ideal malah sesuai juga untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar.Jangan bimbang kerana NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE diiktiraf oleh pihak-pihak berwajib dan ianya HALAL dari JAKIM
Korang boleh dapatkan lebih banyak info tentang produk hebat ini di laman web mereka : www.nutribrownrice.com atau ke Facebook : NutriBrownRiceMalaysia .
Dimana nak beli NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE ? Korang boleh sahaja dapatkan nya di Pasaraya Aeon, Cold Storage, Sam's Groceria dan juga di Popular Bookstore. Juga boleh didapati di mana-mana kedai makanan organik, farmasi-farmasi terpilih di serata Malaysia juga rangkaian kedai makanan kesihatan (natural food ). Jangan lupa tau, cuba sendiri pasti korang terpikat dengan keenakan rasa NUTRI BROWN RICE INSTANT BEVERAGE.
9 Comments
nak cuba la
ReplyDeletecuba la NH, kak ana terbekenan lak nak teruskan minum Nutri Brown Rice ni :)
Deletebrown rice ni banyak khasiatnya
ReplyDeletekan Lisa, baik untuk diet seharian kita :)
DeleteTgk mcm sedap je...
ReplyDeletesedap cik la, kak ana suka sebab dia mild sangat dan tak manis :)
DeleteUish.. Sedap nie..
ReplyDeleteSihat pula..
bagus kan Sha :)
Deleteterima kasih AR :)
ReplyDelete