Spiral Goreng Dengan Sos Butter Cheese
Resepi ni Adik Ika yang masak sebenarnya..asalnya dia nak masak spiral cheese sahaja tapi last-last dia olah jadi kan spiral goreng dengan sotong dan udang serta sayur brokoli. Bila nampak macam kering sangat spiral goreng ni, dia buatkan pula sos butter cheese bertindak untuk membasahkan menu ala-ala gravy macam tu. Semua ni hasil pengalamannya bekerja selama 3 bulan di Shahas Cafe sementara menunggu panggilan masuk ke IPTA selepas SPM yang lalu. Bila ana rasa, ermm..boleh tahan sedap juga menu ni. Jadi, ana share kan disini dan mana tahu ada yang nak mencubanya kan..ana pasti ramai kanak-kanak akan suka dengan menu sebegini.
Cara Masak Spiral Goreng :
Bahan-bahannya:
1.Spiral (rebus dalam air mendidih, masukkan minyak sedikit dan garam.Bila lembut, toskan )
2. Udang / Sotong /Isi Ayam (ikut suka )
3. Brokoli
4. Bawang merah
5. Bawang Putih
6. Serbuk lada sulah
7. Garam
8. Minyak untuk menumis
Cara memasak pasta spiral :
Sama seperti masak mee goreng biasa. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan brokoli, isi ayam dan sotong. Kemudian masukkan isi udang dan rasakan dengan bahan perisa seperti garam dan lada sulah. Masukkan spiral yang telah di rebus tadi,kacau sebati. Siap dah.
Untuk Butter Cheese Sos :
Bahan-bahannya :
1. Bawang merah
2.Bawang putih
3. Slice Cheese dalam 2 keping
4. Susu cair
5. Butter untuk menumis
Caranya :
Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan susu cair, kemudian masukkan kepingan cheese yang dipotong kecil-kecil.
Kacau selalu sehingga mendidih. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.Dah siap dan makan dengan spiral goreng sebagai sos atau gravynya.
4 Comments
wow sedapnyaaaaaaaaa
ReplyDeletesedap anak-anak suka ni NH :)
DeleteSedapnya!
ReplyDeleteJom try nani :)
Delete