Sebenarnya bercakap sahaja bab syampu khusus buat wanita berhijab ni, pasti pantas bermain di fikiran hanyalah SAFI Shayla kan. Tak terlintas yang lain dah, ia bagaikan begitu sinonim dengan rutin penjagaan mahkota wanita, wanita bertudung dan SAFI Shayla.Walaupun pelbagai jenama syampu lain berada di pasaran, pilihan ana dan anak-anak gadis tetap lah SAFI Shayla. Banyak sebab kenapa kami tetap setia bersama SAFI Shayla ni. Antaranya, ia benar-benar memelihara kebersihan kulit kepala dan kesihatan rambut, menjimatkan dengan harga yang sangat berbaloi untuk nilai wang serta pelbagai pilihan variasi yang sesuai dengan masalah kulit kepala kita.




SAFI Shayla Syampu khas buat wanita bertudung


Safi satu jenama yang telah lama menjadi pilihan utama wanita tanahair. Memberikan penjagaan khas buat wanita dari hujung rambut ke hujung kepala. Dari penjagaan wajah sehinggalah ke penjagaan rambut. Kalau bercakap tentang penjagaan mahkota wanita ni pastilah syampu dan rangakain penjagaannya. Untuk kami wanita berhijab ni , Safi ada pilihan yang khusus iaitu Syampu SAFI Shayla. Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 




“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.




Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya .





Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI. 


Kami pengguna SAFI Shayla tegar 

Ana dengan dua anak gadis yang berhijab semestinya antara pengguna SAFI Shayla tegar. Kami hanya yakin dengan keberkesanan SAFI Shayla menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dan kulit kepala kami. Bagi anak-anak ana, Kak Long dan Adik Ika yang merupakan student di IPTA, mereka boleh dikatakan berhijab hampir sepanjang masa ketika berada di luar bilik. Dengan menggunakan SAFI Shayla dapat mengatasi masalah kelemumur dan juga rambut berbau. Ia sentiasa wangi dan harum.



Ana sering menggunakan SAFI Shayla botol merah atau khas untuk penjagaan kawalan rambut rosak. Rambut yang sentiasa terlindung didalam hijab, bila nak cepat dikeringkan, kami menggunakan pengering rambut (hair dryer).Kesannya sering terjadi rambut rosak di bahagian hujung bercabang. Dengan SAFI Shyala Kawalan Rambut Rosak, masalah ini dapat di atasi sepenuhnya. 




Untuk Kak Long yang memiliki rambut yang agak panjang, dia memilih SAFI Shayla Segar Bermaya botol hijau. Baginya ia sesuai kerana dia kerap kali mencuci rambut selepas kelas dan setiap kali selepas bersyampu, ia berasa segar dan kembali fresh untuk sambung study dan kelas. Baunya pun sungguh menyegarkan , tak percaya korang kena lah cuba sendiri kay. 




Dan jangan lupa menggunakan Perapi atau Conditioner Rambut SAFI Shayla untuk mendapatkan hasil penjagaan yang lebih kemas dan sihat. Juga terdapat pelbagai variasi perapi rambut dari rangkaian SAFI Shayla ni. Selepas bersyampu, bersihkan dan sapukan perapi rambut. Selepas bilasan rambut kita akan lebih lembut dan seronok untuk dibelai. Kan...




Korang juga boleh mendapatkan kesemua variasi SAFI Shayla dalam bentuk Pek Fleksi yang menjimatkan ini. Ana belikannya untuk Adik Ika kerana mudah untuknya menggunakannya di kolej dan pek SAFI Shayla biru dengan rumusan anti kelemumur ini, pilihan Adik Ika yang mengalami masalah rambut berkelemumur kerana dia seorang yang aktif sepanjang hari di kolejnya.

Mari kita dengar apa kata wanita di luar sana, mengapa mereka lebih gemar memilih SAFI Shayla sebagai pilihan utama. 



Banyak lagi butiran yang boleh korang dapati dengan melayari : 



atau 

Instagram : SAFI@safimalaysia

atau 

Laman Web : www.safi.com.my



Jom pengguna SAFI Shayla kita meriahkan 

2 Comments

  1. Sha pun pernah guna safi Shayla yang warna biru tu.. Bau dia best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAFI SHAYLA memang pilihan wanita berhijab kan SHa :)

      Delete