KEY IT SIMPLE - Cara Paling Mudah Simpan Kunci Dalam Poket Anda
Lelaki la khasnya, suka simpan anak kunci di dalam poket seluar masing-masing. Tak kira lah kunci kereta, kunci rumah, kunci pejabat atau apa-apa keperluan kunci yang dimiliki. Bukan apa, lelaki ni manalah bawa handbag macam kita wanita ni kan. Lagi satu depa ni sempoi, nak mudah dan cepat semuanya. Tapi kan..masalah juga bila simpan kunci sebundut dalam poket seluar, tuu diaa, poket kembung!! Haha dah tak hensem kan.. boleh pulak 😉😊.
Okay let's be serious kay..selain dari poket kembung masalah paling tak best ialah kadang-kadang lelaki ni, handphone pun duk dalam poket yang sama. Haa..last-last handphone boleh je tercalar tanpa sengaja. Tau lah pakai screen protector tapi tak lawa la kan nampak calar-balar kat handphone. So..hari ini, ana nak perkenalkan pada korang semua dan khasnya yang jenis simpan anak kunci dalam poket satu produk atau tools yang boleh menyelamatkan anak kunci korang di dalam poket dari sebarang masalah. Caranya ialah dengan memiliki Key Organizer dari Key It Simple ni. Meh, ana terangkan bagaimana ia berfungsi sebagai penyelamat anak kunci dari mencederakan lain-lain barang di dalam poket seluar anda...
kredit foto: keyitsimple.blogspot.com |
Simpan kunci dalam poket dengan Key It Simple
Mula-mula ana pun macam pelik gak lah, macam mana dikatakan Key It Simple ni boleh mengelakkan poket kembung dan tidak mencalarkan handphone apabila di simpan sekali di dalam poket seluar. Sehinggalah ana sendiri memiliki dan menggunakannya sendiri, barulah ana faham akan kelebihannya jika dibandingkan dengan segugus anak kunci yang kita lekatkan pada keychain biasa.
Dari gambar di atas, ana bezakan dengan korang, bagaimana dengan Key It Simple Organizer ni dapat mengemaskan simpanan dan susunan kunci di dalam poket seluar lelaki atau pun handbag wanita. Bila kita menggunakan keychain keadaan kunci akan bertaburan namun apabila disusun kemas di dalam organizer Key It Simple ni, ia padat atau 'compact' dan tidak terkeluar apabila diketatkan melalui kekunci yang di ada padanya. Ia hanya terkeluar bila kita menariknya dari laras yang ada. Secara amnya, ia berkonsep sama seperti Swiss Army Knife tu. So ianya akan sangat kemas.
Key It Simple ni didatangkan di dalam kotak hipster yang cantik dan korang hanya perlu membukanya dengan pemutar skru kecil. Didalamnya terdapat lapisan-lapisan getah kecil untuk di selang selikan dengan anak kunci yang akan di susun di dalamnya. Kemudian korang hanya perlu mengetatkan putaran skrunya semula dan ia akan tersusun rapi dan padat di dalam nya. Mudah sangat.
Beginilah keadaannya apabila ia tersusun padat bila diisi di dalam poket atau beg tangan dan apabila kita menggunakannya kelak, hanya perlu menarik keluar salah satu kunci yang diperlukan dan ia keluar dari paduan ikatan skrunya tadi dengan sempurna. Sama kaedahnya dengan Swiss Army Knife yang biasa kita gunakan sebelum ini.
Key It Simple ni pun tak bising berbunyi kling kling kling bila berada dalam poket atau handbag kita.Di bahagian hujung tu pun korang boleh je gantungkan sekali kunci kereta kalau nak. Ia bersaiz universal jadi mudah untuk memasukkan pelbagai jenis kunci.
Key It Simple ni pun tak bising berbunyi kling kling kling bila berada dalam poket atau handbag kita.Di bahagian hujung tu pun korang boleh je gantungkan sekali kunci kereta kalau nak. Ia bersaiz universal jadi mudah untuk memasukkan pelbagai jenis kunci.
Key It Simple ni korang boleh milikinya dari empat pilihan warna yang menarik.
Premium Black - Classic Black.
Passion Red - Sesuai lah untuk wanita yang nak matching dengan handbag.
Tropical Blue - Warna untuk muda mudi dan trending.
Exclusive Silver - Premium.
Pasti korang dah teruja sangat nak memilikinya kan..dan di mana hendak mendapat Key It Simple Organizer ni..mudah jer... lawati sahaja ke mana-mana link yang ana berikan di bawah dan buat lah tempahan dan dengan segera ia akan menjadi milik anda , Yeay !!
Laman web : http://keyitsimple.blogspot.my/ dan www.keyitsimple.com
atau
atau
Instagram : https://www.instagram.com/keyitsimple/
atau
Whatsapp : 019- 222 5212
2 Comments
Cantiknya design dia..
ReplyDeletecantik dan simple yang penting selamat anak kunci dalam poket seluar kan :)
Delete