Sambung cerita Syawal 1438H lagi hari ni, kali ini ana nak kongsikan dengan korang menu sedap tapai pulut yang biras ana buatkan ketika ana balik beraya ke Benta, Kuala Lipis yang lalu. Ana ni memang peminat tegar tapai pulut, nak-nak yang cukup masak peramnya, manis leting kata orang Kelate'. Biras ana pula tahu sangat ana memang suka tapai pulut, sempatlah dia buat kan tapai pulut sebagai hidangan untuk kami sekeluarga ketika ke rumahnya. Tuu diaa..sedap sungguh tapai pulut ni.



Tapai pulut Pantai Timur


Sesuatu yang unik yang ana nak kongsi dengan korang ialah tapai pulut yang biasa ana makan dikalangan orang Pantai Timur ni khasnya di Kelantan dan Trengganu, depa bungkus dalam daun getah yang berangkai. Mula-mula dulu nampak pelik juga laa kan sebabnya kami di Perak dan Selangor ni tapai pulut buh dalam daun pisang. Tapi itulah keunikkannya menu-menu makanan ibunda di seluruh tanahair. Lain negeri lain caranya. 

Tapi jangan lah rasa jengkel dengan perbezaan ini sehingga terjadinya penghinaan terhadap makanan, rezeki yang Allah swt beri kan kepada hambaNya. Ana tak berapa gemar membaca komen dari sesetengah orang ni, bila nampak pelik dan lain sedikit dari kebiasaan, cepat sangat kritik dan komen yang seolah geli dengan menu makanan yang berbeza kaum dan budaya ni. Tak nak makan tak kisah, tapi jangan  menghina kay, cara kita berbeza, tak baik buat macam tu..

Makan tapai pulut dengan aiskrim




Biras ana sempat juga bekalkan bawa balik tapai pulutnya dengan ketupat palas. Balik rumah simpan dalam peti sejuk, wahhh sedapnyaaaa.. Kemudian ana makan pula selebihnya dengan aiskrim,lagi lah nikmat kelazatan yang tak terhingga. Sebenarnya lebih sedap makan dengan aiskrim vanilla, tapi memandangkan di dalam fridge hanya tinggal aiskrim coklat, pun tak kurang juga sedapnya. 

Bagi yang tak pernah cuba tu, baik korang cuba try test rasa, kalau korang peminat tapai pulut, pasti korang akan fall in love laa... cuba kay. Sudukan sahaja aiskrim dengan tapai pulut tu, ngapp!! masuk mulut. Kombinasi yang masam-manis dan menyejukkan sekali.