Menu Seafood Berempah Yang Mudah dan Sedap
Satu ketika dahulu memang viral orang bercerita pasal makan makanan laut yang popular iaitu di Shell-Out. Sehinggakan gerai di bawah pokok pun menggunakan gelaran tersebut untuk melariskan jualan. Namun restoran Shell-Out telah pun mewartakan hak milik nama tersebut hanya untuk digunakan oleh mereka sahaja, jadi jangan pandai-pandai nak letak perniagaan korang dengan nama tersebut kay. Apapun ana sendiri tidak pernah lagi mencuba menu asli di restoran Shell-out ni tapi ana yakin ia pastinya jauh lebih sedap dan setanding dengan harganya.
Dah nama lagi seafood, harga mentah pun dah mahal, inikan pula dah siap di atas menu.Tapi berbaloi kalau ia benar-benar sedap kan. Baru-baru ni, ana ternampak kepah di jual di pasar raya sepeket cuma RM7 sahaja. Saiz pun besar-besar juga. Terfikir pula nak mencuba masak sendiri menu ala-ala shell out tu walaupun bahan seafood nya terhad sahaja. Ana tambahkan udang dan kerang. Itu sahaja. Senang sahaja nak masak menu ringkas ni, bahan pun tak banyak. Resepinya ana minta dari adik ipar Ana yang sebelum ni pernah masak. Jadi ana share kan disini mana tahu lain kali nak try lagi bila dah cukup bahan mentah seafood yang lain kan..
Resepi Seafood Ala-ala Shell Out Yang Simple
Bahan-bahan dan cara masak seafood ala-ala shell out:
~ Untuk makanan lautnya, ikut selera masing-masing apa yang hendak di letakkan. Boleh sahaja gunakan ketam, udang, kerang, lala, kepah dan sebagainya.~ Bahan sayurannya, ada juga yang meletakkan brokoli, jagung, tomato, salad, timun dan sebagainya juga. Jagung perlu di rebus dahulu dan jika menggunakan brokoli celur seketika.
~ Bahan tumisan yang ana gunakan hanya bawang merah, bawang putih, halia. Tumbuk atau hiris bahan-bahan ini dan tumiskan seketika di atas kuali panas.
~ Masukkan serbuk rempah, serbuk cili dan rasakan dengan garam. Masukkan sedikit air jika terlalu kering kerana rempah mudah hangus.
~ Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan seasoning atau serbuk perasa. Tambah sedikit gula.
~ Masukkan bahan-bahan makanan laut mengikut mana yang lebih lama untuk masak, contohnya kalau guna kerang,kepah dan ketam, perlu masukkannya terlebih dahulu, kemudian baru masukkan udang dan sotong.
~ Tutup kuali seketika sehingga masak dan sedia untuk hidangan.
~ Ketika menghidang bolehlah letakkan sayuran sebagai penambah kesedapan.
~ Tuangkan lebihan sos masakan di atas menu kerana menu akan cepat mengering.
~Selamat mencuba~
10 Comments
Penggemar seafood wajib cuba shellout . Lagi puas kalau masak sendiri
ReplyDeletehaah CCL adjust je ikut bahan yang kita ada kan :)
DeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar ana jingga
Salam pagi isnin yang indah dan produktif
Maznee ni dah lama teringin nak makan shell out
sampai sekarang tak pernah cuba lagi
Nampaknya dah ramai orang kongsi menu shell out ni
Lepas ni buat sendiri sajalah
Lagi jimat
macam anak cakap tadi
Kalau yang mentah pun dah mahal
apa lagi seafood yang dah masak kan
Lainlah kalau mak ayah nelayan
Macam maznee ni
Haha
waalaikumsalam mazni, boleh je cuba nanti kay mudah sangat resepi ni :)
DeleteSedapnyer...lapar pulak tengok gambar tu =)
ReplyDeletejom Nini kita try masak menu sedap ni :)
Deleteassalamualaikum Ana..
ReplyDeleteboleh try lepas ni sebab semua dah dicampur sekali gus ala shell out tu ok jugak tu kan..
waalaikumsalam Kak Noor, rasanya kalau Kak Noor olah semula pasti lagi sedap ni :)
Deletebuat sendiri puas makan yer
ReplyDeleteye Azie, betul tu :)
Delete