Sekarang ni banyak terjadi, orang awam menerima pelbagai panggilan yang cuba memerangkap dengan pelbagai MO untuk mendapatkan maklumat data peribadi penerima yang bertujuan untuk mengambil duit dari akaun bank serta kad kredit mangsa.Ana sendiri pernah memerima sms kononnya dari pihak bank yang menyatakan ada tunggakan hutang tak berbayar, dan mereka akan datang ke rumah untuk membuat siasatan. Ana abaikan sahaja, kerana ana tahu ana tak pernah ada komitmen dengan mana-mana bank.Dah sah sah salah satu perangkap scammer kan. 

Image result for scam alert





Abah di kampung juga ada menerima sms yang sama, ana yakin mereka ni akan menghantar secara rambang sahaja ke mana-mana nombor telefon. Mula-mula abah dah risau dah, takut ada ke hutang-hutang lamanya yang masih belum lunas, bila ana lihat nombor dan mesej yang di hantar sama sahaja, ana bagitahu dia ini semua kerja sendiket jenayah terancang masa kini. Abah bukannya ada duit banyak dalam akaun pun, namun mereka ni cuba sedaya upaya memerangkap mangsa.

Bukan setakad sms sahaja, cuma tengok kat email, banyak sungguh email dari luar negara yang masuk ke kotak spam atau trash dengan pelbagai mesej untuk mendapatkan maklumat akaun dan data peribadi. Kadang-kadang sekali clear berpuluh email dalam sebulan. Kebanyakannya meminta kita memberikan nombor akaun bank untuk menghantar parcel, untuk derma, untuk menerima pampasan berjuta dollar dan sebagainya. 

Dan yang terkini dan viral diperkatakan umum ialah panggilan scam. Mereka lebih berani pula dengan membuat panggilan terus dari beberapa nombor talian. Ada yang menggunakan modus operandi seperti menyamar sebagai pihak bank yang menakutkan mangsa dengan memberitahu kad kredir mangsa telah digunakan untuk pembelian ribuan ringgit di luar negara. Mereka ingin mengesahkan transaksi dan meminta mangsa memberikan butir data peribadi berkaitan akaun. 

Tak kurang juga kini, mereka menyamar sebagai anggota polis, dari mahkamah dan sebagainya yang menyatakan ada kes yang dikenakan ke atas mangsa namun boleh diselesaikan dengan membayar jaminan. Banyak voice record dan video yang dikongsikan oleh pelbagai pihak untuk memberi peringatan kepada umum tentang perangkap scammer. Salah satunya ana kongsikan di Youtube di bawah ni, pengalamana seorang wanita yang hampir menjadi mangsa panggilan scam. 



Mungkin agak pelik dan mudah untuk mempercayai panggilan-panggilan seperti ini kerana scammer akan memberikan data peribadi mangsa terlebih dahulu untuk meyakinkan mangsa, contohnya nombor kad pengenalan, alamat dan nama penuh mangsa.Dan maklumat yang mereka berikan tu adalah yang benar. Ana terfikir juga di mana mereka memperolehi data-data peribadi kita ni,dan dari pembacaan ana data peribadi kita ni sebenarnya banyak yang didedahkan kepada umum secara tidak sengaja. 

Bayangkan, kita mengisi borang di stesen minyak contohnya untuk mendaftar kad diskaun, kad-kad keahlian, borang kaji selidik, dari pendaftaran portal beli belah online, tanda tangan penerima parcel dari kurier dan sebagainya. Semua itu ada yang memerlukan kita mendedahkan data peribadi. Dan tidak mustahil juga ada dalang di kalangan pihak yang terbabit yang sepatutnya menyimpan data peribadi menjualkannya kepada sendikit. Tak mustahil kan, dunia sekarang ni macam-macam dakyah.

Apapun sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran, kita kena alert pada persekitaran dan peka pada mana-mana perkembangan yang mungkin dapat menyelamatkan kita dari menjadi mangsa yang seterusnya. Ambil tahu berita-berita terkini yang bermanfaat, kongsikan di laman-laman sosial supaya ramai lagi yang akan maklum. Jangan terlalu cepat dan laju berkongsi kisah rumahtangga orang, kisah gossip artis dan kisah-kisah viral yang tak bermoral dan berfaedah dan benda-benda penting sebegini tidak mendapat sambutan netizen.

Andai kita menerima panggilan yang menyatakan kita menang hadiah ribuan ringgit, kaji seketika, pernah kah kita menyertainya sebelum ini.Mana mungkin menang peraduan tanpa penyertaan. Jika menerima panggilan kononnya dari pihak bank atau pihak polis, beritahu nya yang kita akan ke balai polis atau ke bank sendiri untuk mendapatkan pengesahan. Setahu ana lah kan, tak kiralah apa kes sekali pun dan dimana pun sabitan kesalahan dengan pihak polis ni, anggota polis sendiri akan datang ke rumah mencari kita dengan kereta peronda mereka. Tak pernah lah main calling-calling macam ni. 

Peka lah kay, bijak bertindak dan ambil masa beberapa saat, Istighfar dan In Shaa Allah kita akan terhindar dari sebarang masalah. Jangan mudah mempercayai mana-mana tawaran yang ingin memberikan kita sejumlah wang yang banyak kerana tak ada orang yang sewenang-wenangnya akan berbuat demikian. Mereka hanya ingin mendapatkan wang dari kita sahaja. Waallahu a'lam...sekadar ingat mengingati sesama kita sementara berkesempatan di atas muka bumiNya.

6 Comments

  1. bahaya lah kes scammers ni sekarang.. menjadi-jadi.. dah viral sana sini pun scammers ni nak juga jadi scammers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mereka akan mengubah MO dengan pelbagai taktik kan Aisya, kita kena sentiasa peka

      Delete
  2. Bahaya nya. Kena alert kalau dapat panggilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Khadeejah perlu alert sentiasa supaya tak terkena

      Delete