Kalau siapa yang sempat baca entri ana sebelum ni, sambutan Aidil Adha kami membakar sate di kampung bersama adik beradik dan saudara mara. Banyak lebihan sate yang telah siap dicucuk tak habis dibakar. Begitu juga dengan kuah sate ada lah semangkuk tak habis di makan. Isi sate tu telah ana recycle kan kepada menu daging goreng kicap Di Sini dan kuahnya pula ana recycle kan menjadi bahan cicah untuk cucur udang. Kalau di Teluk Intan kami panggil menu ni gado-gado. Nak makan yang sedap ada di Gerai Bumbung Biru, hadapan Menara Condong. Dan yang ini versi anajingga.com pula. Sempoi :)



Cucur udang ana ni senang je lah nak buat. Sama sahaja seperti buat cucur apa-apa pun. Bahannya ana gunakan tepung gandum, nak rasa udang lebih, ana gunakan udang putih kecil-kecil tu. Boleh letak banyak dalam adunan tepung, bila potong-potong nanti, dapatkan menikmati rasa udangnya kan. Bahan lain, ana masukkan kucai dan bawang besar. Rasakan dengan garam dan ketika menyediakan adunan cucur ni,masukkan sedikit minyak masak supaya bila di goreng ia rangup. Ini petua dari mak saudara ana, untuk merangupkan adunan gorengan. 


Pastu goreng dalam minyak yang panas. Sudukan adunan satu persatu. Siap toskan minyak dan potong-potongkan kecil. Apa tunggu lagi, cicah lah dengan kuah kacang sambal sate kita hari tu. Nak sedap lagi makan bersama hirisan timun. Jadilah gado-gado yang enak... So, jangan buang tau kalau ada lebihan sambal kacang, try makan dengan cucur udang. 

8 Comments

  1. alahai sedapnya kak..fav SA jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan SA, makan panas-panas rangup je kan :)

      Delete
  2. Sedap kalau makan panas-panas kena pulak dengan kuah kacang fuh! mil lalu pun tak perasan.

    ReplyDelete