Malam-malam kengkonon diet la kami suami isteri ni kat rumah. Tapi memang bertahun dah malam jarang makan nasi. Kecuali lapar sangat baru kami makan nasi, itupun hat goreng panas-panas,kata nasi campur memang tak boleh masuk bila waktu malam. Entah lah , mungkin dah terbiasa agaknya. Cuma nya malam-malam selalulah memikirkan menu apa nak makan mengisi perut, selalunya yang ringan-ringan je laa kan. 

Satu malam tu, suami bagitau nak makan lempeng. Ermm..lempeng kelapa pun sedap, tapi kelapa parut tak ada pula dalam fridge,last-last ana pepandailah godek resepi. maka terhasillah lempeng bawang. Haha lebih kurang cucur la kan,kita adunkan menjadi lempeng sahaja. Nak sedap, tumiskan sahaja sambal sardin, bukan apa..nak buat sambal ikan bilis kemalasan melanda jiwa raga, kita buh je sardin...sedap dan enak di makan begitu sahaja.


Resepi dan Cara Masak Lempeng 

Bahan-bahan 

Tepung gandum
Bawang besar di dadu
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak



Cara-cara memasak lempeng

Senang je, korang satukan kesemua bahan, gaul rata menjadi satu adunan. Ana masukkan sedikit minyak masak dalam adunan untuk melembutkan adunan bila di  masak nanti. Jangan terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair. Agak-gak tambahkan air mengikut kepekatan yang seimbang untuk di layangkan ke dalam kuali leper.


Ana menggunakan non-stick pan, jadi cuma sapukan minyak sahaja pada pan sebelum menebarkan adunan lempeng.


Selepas sebelah bahagian masak dan tak melekat pada pan,bolehlah terbalik sebelah lagi.



Dah siap sekeping lempeng yang mudah dan enak. Lempeng ni kalau kami orang Perak panggil tetepek dedulu. Kaedahnya sama je, ada yang buat lempeng pisang,lempeng kelapa, lempeng susu dan sebagainya. Adunannya sama cuma olahannya sahaja mengikut citarasa dan bahan yang korang inginkan. 



6 Comments

  1. mmm...boleh cuba resepi lempeng bawang ni. Makan time hujan2 gini sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi musim hujan ni lapar je kan Kak Mala :)

      Delete
  2. Memang kena letak telur ehh? Hmm tak tahu lak saya ... ingatkan lempeng ni semata-mata tepung.

    Blogzine Peribadi HASRULHASSAN.COM

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak letak pun okay je HH, telur ni untuk melembutkan adunan sahaja, nak cepat tepung je pun jadi dah :)

      Delete
  3. aduhai AJ.
    lempeng. sardin.
    memang terangkat ler :)
    boleh makan berkeping-keping!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah sama ler selera kita cik Aida yer :)

      Delete