Putu Perak - Semakin Sukar di Temui
Minggu lepas ana ke pasar tani Taman Pelangi, Rawang. Cadang nak cari menu sarapan rare sikit, kut-kut lah ada dijual menu-menu kampung kan, tapi tak banyak lah. Dan yang sempat ana beli hanyalah kuih putu Perak dan pau cantik. Kuih putu Perak ni antara kuih feveret ana, dari kecil dulu lagi suka sangat makan putu Perak . Masa tu hanya di beli di pasar malam Teluk Intan. Sekali dengan kuih tepung torak. Haa kuih tepung torak ni lagi rare tau, dibungkus macam pocong dalam daun pisang. Nanti kalau ana terjumpa semula kuih tepung torak ni, ana update ..In Shaa Allh.
Putu Perak ni memang terkenallah dikalangan warga anak Perak jati. Rasanya sama jer macam kuih putu yang lain dengan bahan asasnya tepung beras. Initinya pula kelapa parut bergaram. Sedap di makan panas-panas. Ia dikukus cuma sekarang ni teknik kukusan berlainan dengan kukusan biasa tu, ada kukus khas di atas dapaur, di isi tepung beras ni ke dalam acuan yang di alas kain putih dan dikukus dengan penutup kecil. Sedap di makan panas-panas sama seperti putu bambu juga. Cuma putu bambu ada inti gula merah kan.
Menu-menu tradisional resepi ibunda ni kian lama kian dilupakan. Tenggelam dek arus menu moden yang pelbagai. Cuma masih dikenali oleh anak-anak yang pernah membesar dan menikmatinya sahaja yang masih mengenali. Variasi kuih Melayu tradisi ni tak jauh beza asas pembuatannya, dan bahan semulajadi masih menjadi asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung gandum, daun pisang, daun pandan, santan, kelapa dan sebagainya. Sebagai anak Perak jati, ana bangga sangat bila dapat berkongsi keenakan menu-menu makanan tradisional lama seperti ini.Semoga bermanfaa.
10 Comments
jarang jumpa putu perak ni kat perlis .ccl tak pernah makan
ReplyDeletekena mai perak kalau macam tu CCL hihi :)
DeleteAllah sedapnya. Tapi betul la tu sekarang ni susah nak jumpa dah.
ReplyDeletesedap kan Kin :)
Deletemacam putu bambu ke?
ReplyDeletehaah lebih kurang je AZstory :)
Deleterupanya macam putu piring jugak ye. selalu dengar nama kuih ni tapi tak pernah tengok dengan mata kepala sendiri. banyak makanan dan kuih tradisional yang susah nak jumpa zaman sekarang ni
ReplyDeleterasanya pun lebih kurang putu piring juga Nur Sabrina, makin rare kan:)
Deletefirst time CT dngr nama kuih Putu Perak kak.. paling suka putu piring =D
ReplyDeletePutu Perak ni femes kat negeri Perak CT, rasa sama je macam putu piring tu dari bahan yang sama :)
Delete