Kalau nak block orang di media social ni mesti kes tak suka kan, sama ada di ganggu atau sesuatu yang tidak menyenangkan pada kita. Ana pun ada juga block beberapa akaun di media social ni, khasnya di Facebook. Bukan apa, mula-mula depa add kita dengan profile yang macam okay je,lepas tu mula mesengger dan bertanya bab personal, sorry sangat lah kan, kenal pun tak nak lebih-lebih pula kan... itu bab kita yang block,mudah sahaja kan..tapi bagaimana pula kita nak tahu bila kita yang kena block haha.. 

Kaedahnya sama sahaja, sama ada di Facebook, Whatsapp dan lain-lain media social lebih kurang je kita boleh tahu bagaimana kita nak tahu kita di block ni.Ana pun mencari rujukan dari pelbagai sumber dan kesimpulannya tetap sama. Ada empat faktor menunjukkan seseorang telah pun memblock nombor atau akaun kita. Yang ana nak highlight kat sini ialah aplikasi whatsapp. 


Bagaimana nak tahu nombor whatsapp kita di block 


1. Gambar profile contact yang block kita tidak kelihatan . Jika sebelum ini gambar profile contact ni ada di contact kita, tapi jika dia block kita, kita tidak akan dapat melihat gambar dan profilenya lagi. 

2. Bukan setakad gambar, status dan last seen mereka juga kita tidak dapat melihatnya lagi.

3.Chat yang kita hantar hanya mendapat satu tick sampai ke sudah. Even kalau mereka hide seen pun bila kita hantar chat, dan delivery kita akan dapat double tick selain blue tick.Tapi jika dia dah block kita memang tak sampai dah lah kan.

4. Sama juga dengan media social lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter, semua posting mereka kita tak boleh lihat termasuklah di group-group juga. Bermakna orang yang block dan di block tidak akan dapat melihat sebarang posting antara satu sama lain. 

Jadi kalau semua tanda-tanda ni didapati dari akuan korang, bermakna anda sudah di block. 😊😊