Idea Dekorasi Majlis Dengan Hiasan Bunga Kelopak Besar
Dah lama ana tak berkongsi idea dekorasi di sini. Ini kerana ana sendiri dah lama juga tak ber DIY dengan pelbagai idea kreatif. Tahun lepas Adik Ika sibuk dengan peperiksaan SPM dan tahun ni pula terus menyambung pengajiannya di Kolej Matrikulasi , jadi ana dah tak ada geng nak berkreatif dengan projek DIY di rumah. Selalunya Adik Ika la kawan untuk ana mendekorasi dan buat projek-projek DIY ni.
Hari ini baru berkesempatan ana nak kongsikan satu video tutorial membuat hiasan dekorasi majlis atau pun boleh juga dijadikan satu bahan deko backdrop hiasan pelamin dan photo booth kan. Tutorial bagaimana cara membuat kuntuman bunga bersaiz besar dari kertas warna warni. Kalau betul cara dan tekniknya, pasti akan dapat menghasilkan satu hiasan yang cantik dan eksklusif majlis korang nanti.
Cara membuat bunga dari kertas berwarna-warni bersaiz besar
Nampak mudah kan? Boleh lah mencubanya nanti, apa kata orang practice makes perfect , In Shaa Allah . Credit Tutorial Video to Abbi Kristen
Boleh juga di jadikan hiasan pada belakang kerusi di meja makan majlis.



Credit all photos to owner ( Google Image )
6 Comments
majlis graduasi banyak sekolah tahun ni guna kertas2 cemni. tengah trend skrang cantik2 belaka.
ReplyDeletemenarik juga kan CT, cantik :)
DeleteWowww tak tahu pula trend bunga-bunga besar sekarang ini. Tapi yang pasti kalau ibu suruh abagnpilih bunga kat langsir mesti abah pilih bunga yang kecil huhu. So memang tak ada harapanlah nak ada bunga besar-besar kat rumah
ReplyDeletebtw jom join lazada punya contest yang terbaru!
https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2017/11/lazada-online-revolution-blogger-contest_1.html
ikut citarasa masing-masing kan Nurul..all the best dalam contest ya :)
DeleteCantik juga kelopak besar yea
ReplyDeleteCantik kan JDAM , nampak grand sangat bila kena dekorasinya :)
Delete