Dua minggu lepas,sahabat-sahabat blogger di media Facebook turut sama meratapi berita duka bila salah seorang sahabat kami Diya kehilangan suami tercinta yang menjadi tunggak keluarga dalam satu kemalangan di tempat kerjanya. Walaupun ana cuma mengenali Diya di media social namun atas persahabatan ukhuwah dunia blogger, ana sendiri amat terasa akan kesedihan yang di alaminya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dan siapa sangka, rupanya Diya tinggal satu kawasan di kediaman ana, berjiran taman sahaja kami ni. Dan pagi itu, ana menerima whatsapp dari Mommy Irra bahawa, jenazah suami Diya kini berada di Masjid BCH. Ana bergegas siap untuk ke masjid dan berjanji bertemu dan menemani Irra di masjid hinggalah jenazah di bawa ke tanah perkuburan. 

Hujan renyai-renyai sepanjang pagi itu, bagaikan mengiringi kesedihan di hati Diya sekeluarga. Semoga rohnya di ampunkan segala dosa dan ditempatkan di sisi hamba-hambaNya yang beramal soleh dan semoga Diya kuat dan tabah serta dipermudahkanNya jua dalam meneruskan kehidupan di samping empat hulubalang nya. Aamiin. Di kesempatan itu, ana melihat keindahan ukhuwah di mana ramai sahabat blogger yang hadir memberi penghormatan terakhir serta menziarahi dan menemani Diya sepanjang urusan sehingga lah ke tanah perkuburan. Alhamdulillah, manisnya ukhuwah. 





Dan memandangkan hujan masih renyai, ana mengajak Mommy Irra singgah ke rumah bersama tiga putera-puteri comelnya Adam, Anis dan Amal. Berehat seketika sehingga hujan reda. Selain itu dapat juga berbual-bual mesra dan mengeratkan kasih sayang antara kami. Ini kali kedua ana bersua muka dengan Mommy Irra selepas di SBB 2017 yang lalu. Tapi kami dah lama saling mengenali hampir tiga tahun yag lalu lagi ketika kami sama-sama di bawah satu komuniti blogger yang dahulu di kenali sebagai EFG. Mommy Irra lah foundernya dan ana antara yang terawal menyertai komuniti online ini dan ia satu pengalaman yang amat indah dan penuh keakraban dan kasih sayang. 

Namun, setelah hampir setahun lebih bersama, EFG kian mantap dan selesa, ana terpaksa mengundur diri atas faktor kekangan masa yang membataskan untuk ana bersama lagi. Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu terpaksa berpisah dengan mereka yang bagaikan adik-adik dan anak-anak yang bersama dari pagi hingga lah ke lewat malam berkongsi kisah suka duka, bekerjasama berkongsi ilmu penulisan dan teknik blog, menjadi tempat rujukan apabila ada sebarang permasaalahan tentang blog dan lebih dari itu ukhuwah dan silaturrahim yang terjalin indah. 

Ana terpaksa melepaskan mereka namun ukhuwah kami tak pernah terputus, Alhamdulillah. Dan hari itu, diizinkanNya bersua mesra dengan Mommy Irra dan kami berbual sakan tentang keluarga dan tak lari dari kisah blog.Tak sedar kejap sangat masa berlalu bila blogger bertemu blogger ni. Banyak yang nak diperkatakan, kerana dunia kami luas. Irra pada ana bagaikan adik sendiri, dari dahulu lagi ana akan menegur dan menasihati apa yang perlu pada adik-adik ni. Ana bagaikan Kak Long pada mereka dan pengalaman yang sedikit ini sering ana kongsikan pesanan untuk di jadikan peringatan bersama. Malah ana juga banyak belajar dari mereka yang jauh lebih muda dari ana. 




Irra..pada ana seorang ibu muda yang penuh semangat, jiwanya kuat, terserlah sifat kepimpinan kerana bukanlah mudah untuk nya menjadi penaung pada satu komuniti yang kebanyakannya hanya mengenali secara online. Pelbagai kerenah yang harus di tangani dan pelbagai halangan dan rintangan hingga adakalanya airmata menjadi saksi untuk ibu muda ini meneruskan AFB sehingga ke hari ini. Namun Irra kuat dan masih dapat mempertahankannya hingga ke saat ini. Mana dengan tugas sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak yang sedang membesar yang harus di galasnya, namun dia cekal dan gigih dalam mencari ruang dan peluang yang ada dalam dunia penulisan blog. 

Tahniah Irra.. Kak ana bangga dengan kekuatan semangat yang ada pada Irra . Walaupun Kak ana tak dapat lagi bersama-sama namun In Shaa Allah Kak Ana akan terus menyokong dari jauh. Untuk adik-adik semua pesanan Kak Ana , kongsikan sesuatu yang memberi manfaat buat insan lain dan biarlah kita di ingati dengan perkara yang baik-baik sahaja, In Shaa Allah. Terima kasih kerana jalinan ukhuwah ini dan semoga ianya di berkati Allah swt. 




Pada yang tercari-cari info penulisan seorang ibu muda dengan tiga anak ini, boleh sahaja singgah ke blog www.irrayyan.com sebuah catatan parenting blogger dengan pelbagai kisah dan pengalaman membesar anak-anak. Banyak tips yang korang boleh dapat dari Mommy Irra yang boleh dijadikan panduan mudah-mudahan. Semoga Irra dan AFB akan terus menyumbangkan pelbagai informasi yang berguna kepada pembaca di luar sana. Dan bagi blogger yang inginkan ilmu tentang blog bolehlah korang sertai AFB di mana di sana banyak perkongsian dalam penambahbaikan penulisan di blog antara ahli yang ada. 

20 Comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi sis ana

    Bersilaturahim menambahkan rezeki

    Kejap je dah selasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama, Alhamdulillah kemanisan ukhuwah :)

      Delete
  2. Wahhh syoknyaa dapat jumpaa. Rindu kak Ana 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kali kedua kak ana jumpa Irra selepas SBB 2017 hari tu, In Shaa Allah ada rezeki nak jumpa Nani pula nanti..rindu Nani juga

      Delete
  3. Kenalan blogger memnag lain dari yang lain..semoga persahabatan dari alam maya akan terus berkekalan, dan jika diizinkan berjumpa insyallah akan jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nad, dari alam maya ke alam nyata ukhuwah terjalin, Alhamdulillah

      Delete
  4. Betul kak...walau sekadar bertegur sapa di blog...di alam maya...kemanisannya tetap terasa...tetap bercambah dan ada...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah terjalin erat ikatan ukhuwah.. semoga terus kekal hingga ke syurga ya kak ana dan irra.. Kak ana bila plak kita nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Lya, ada rezeki dengan izinNya nanti pasti kita berjumpa pula kan :) Aamiin

      Delete
  6. seronok bila dapat berjumpa dengan mereka yang sama minat ni..boleh panjang ceritanya kan kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan CT, macam-macam nak di bualkan tak sedar je dah berlalu masa dengan cepat :)

      Delete
  7. Kak Ana tinggal di Rawang kan....bestnya dapat bertemu kan...kita pun first time jumpa kat SBB2017 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah SA, kita jumpa dah masa SBB 2017 hari tu, tambah sayang kat SA lepas tu, cantik peramah orangnya , In SHaa Allah ada rezeki kita berjumpalagi ye :)

      Delete
  8. Saling menyambungkan silaturahim

    Insyaallah murah rezeki

    ReplyDelete
  9. Kite teringin nak jumpa Kak Ana selalu pergi pwtc tapi tak jumpa... belum rezeki kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan BOnde, hari tu mai Tk INtan pun berselisih waktu dengan kak ana, In Shaa Allah Bonde,a da rezeki kita bertemu nanti :)

      Delete
  10. Dalam berb logging pun boleh tambah kenalan kan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama, kian erat dan berkasih sayang :)

      Delete