Sambal Belimbing Buluh Dan Ikan Bilis
Musim buah belimbing buluh kembali lebat di dahan pokok di belakang rumah ana. Selalu juga pesan pada jiran-jiran suh mai ambil, dan ana sendiri pun pi hantar kepada mana jiran yang ada. Bukan apa, sayang kalau di biarkan , bila hujan selalunya gugur bertaburan di atas tanah. Nak masak selalu pun jemu juga kan. Nak cuba buat sambal hitam Pahang tu belum ada keupayaan lagi. Nanti lah , In shaa Allah ada rezeki dan ruang masa nanti, ana cuba juga masak sambal hitam Pahang tu. Memang sedap bila ana makan di Temerloh hari tu. Walaupun pedas, tapi sedap ya amat.
Cuba korang tengok tu, besar dan gemuk-gemuk buah belimbing buluh di dahannya. Sedap juga di masak lemak kuning dengan telur itik kan. Pedas kan sedikit , memang terangkat. Tapi anak-anak ana tak minat makan telur itik ni. Masak dengan ikan pun harus sedap juga kan. Alaa..boleh jer kita cipta resepi sendiri, olah je rasanya mengikut selera masing-masing, bukan susah pun.
Ana ambil dalam lima biji yang besar-besar tu, ana masakkan sambal dengan ikan bilis. Bukanlah sambal hitam tapi macam sambal tumis sahaja. Mudah sangat nak cuba , jom ana kongsikan dengan korang resepinya , sedap menambah selera, nak-nak badan sehari dua ni lemau je rasa nak demam. Ana makan dengan nasi putih, ikan kembung goreng..ermmm...Alhamdulillah selesai sepinggan.
Sambal Belimbing Ikan Bilis
Bahan-bahan :
Beberapa biji buah belimbing buluh
Ikan bilis (ikut lah banyak mana pun )
Cili kering ( blend )
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Minyak untuk menumis
Caranya :
~ Bersihkan ikan bilis dan rendam seketika . Ana tak mahu ia menjadi keras bila di sambalkan.
~ Buah belimbing buluh di belah empat.
~ Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih.
~ Tumiskan bawang dan masukkan cili sehingga pecah minyak.
~ Barulah masukkan ikan bilis.
~ Kemudian masukkan pula belimbing buluh.
~ Tutup seketika dengan tudung periuk sehingga belimbing lembut.
~ Rasakan dengan garam dan siaplah satu menu ringkas yang sedap di makan.
~ Selamat mencuba :)
12 Comments
uish sedapnya sambal kak ana tu.
ReplyDeletesedap Miza, cuba lah ye :)
Deletesedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletejom NH kita bersambal belimbing buluh :)
DeleteAssalamualaikum dan Selamat Pagi Ana Jingga
ReplyDeleteSedap sambal ni masam manis pedas
Salam Jumaat Maznee ucapkan
waalaikumsalam Maznee, yup tiga rasa dalam satu kan :)
DeleteSerious terliur tengok sambal belimbing buluh ni.. Nampak menyelerakan 😋..
ReplyDeletekalau peminat masam pedas memang sedap LZ, cuba lah nanti ye kalau terjumpa belimbing buluh ni :)
Deletesedapnya sambal....
ReplyDeletesedap tu Ekin :)
Deletesedapnya..lama dah tak makan ni.
ReplyDeletejom tengah musim sekarang cik rose, kita bersambal jom :)
Delete